3 Tanda Orang itu Seorang Munafiq

3 Tanda Orang itu Seorang Munafiq

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Artinya : Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. daripada Nabi saw bersabda :

“Tanda orang munafiq itu ada tiga. Apabila dia bercakap dia berdusta. Apabila dia berjanji dia menyalahi janji. Apabila dia diberi amanah dia khianat.”

Hadith riwayat Bukhari

Tanda Munafiq Yang Pertama

إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ

jika bercakap dia berdusta

Inilah tanda munafiq yang pertama yaitu suka berdusta. Semakin acap dia berdusta maka semakin jatuh ia ke dalam lembah kemunafikan.

Dalam hadith yang lain Rasulullah saw pernah berkata bahawa orang mukmin mungkin ada yang penakut dan mungkin ada yang kedekut. Tetapi tidak mungkin ada orang mukmin yang suka berdusta.

Dari Malik bin Sulaim katanya :

قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيَكُونُ الْمُؤْمِنُ جَبَانًا فَقَالَ نَعَمْ فَقِيلَ لَهُ أَيَكُونُ الْمُؤْمِنُ بَخِيلًا فَقَالَ نَعَمْ فَقِيلَ لَهُ أَيَكُونُ الْمُؤْمِنُ كَذَّابًا فَقَالَ لَاَ

Artinya : Pernah ditanya akan Rasulullah saw : Mungkinkah orang mukmin bolih jadi penakut? Jawab baginda : Ya. Kemudian ditanya lagi : Mungkinkah seorang mukmin itu kedekut? Jawab baginda : Ya. Ditanya lagi : Mungkinkah seorang mukmin itu menjadi pendusta? Jawab baginda : Tidak mungkin. (Hadith Imam Malik)

Tanda Munafik yang Kedua

وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ

jika berjanji dia menyalahi janji

Hati-hati dengan membuat janji kerana tidak menunaikan janji tanpa sebarang keuzuran itu adalah berdosa. Ramai orang suka berjanji kemudian tidak pun menunaikan apa yang telah dijanjikannya itu. Ada juga yang sudah pun tahu bahawa dia tidak akan menunaikan janji tetapi tetap berjanji maka terkumpul padanya dua kecelakaan yaitu berdusta dan menyalahi janji. Dan berhati-hatilah dengan orang yang suka menabur janji kerana kebanyakkan orang yang suka menabur janji adalah pendusta yang akan menyalahi janjinya. Orang seperti ini sudah tidak takut kepada dosa kerana iman sudah tiada di dalam hati mereka.

Tanda Munafik yang Ketiga

وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

dan jika diberi amanah dia berkhianat

Khianat artinya tidak menunaikan amanah yang telah diberi kepadanya. Dosanya teramat besar. Orang yang beriman sudah tentu tidak sanggup melakukan khianat.

Amanah yang diberi terkadang berkisar soal kepimpinan, kuasa dan tugas-tugas yang besar. Dan terkadang pada perkara yang berkait dengan jual beli, kekeluargaan dan menjaga harta.

Tidak ada satu bangsa pun yang suka dikhianati bahkan selagi dia bernama manusia pasti dia benci kepada orang yang khianat.

Orang yang tidak amanah atau khianat ini tidak layak menjadi pemimpin atau ketua kampung atau penjaga harta benda bahkan tidak layak menjadi ketua keluarga.

Olih kerana terlalu kejinya sifat suka berdusta, menyalahi janji dan khianat maka Rasulullah saw sampai menyerupakannya dengan munafiq. Sedangkan munafiq adalah manusia yang paling keji.

Jauhilah sifat-sifat munafiq yang telah disebut ini semuga kita menjadi hamba Allah yang baik dan jauh dari kemurkaan-Nya.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

WALAHUA’LAM. FP UAI Original

Ciri-ciri Munafik – Ustaz Azhar Idrus

error: Content is protected !!