34 Fakta Berkenaan Negara Palestin

34 Fakta Berkenaan Negara Palestin

17 views

34 Fakta Berkenaan Negara Palestin

1. Pada 1948 sejumlah pengganas Zionis Israel memaksa dan melakukan pengusiran terhadap 800 ribu rakyat Palestin dari jumlah 1,4 juta penduduk Palestin. Mereka diusir dari kampung-kampung mereka.

2. Pengganas Zionis ini telah melakukan lebih dari 70 serangan pembunuhan ke atas bangsa Palestin sehingga jumlah yang mati terkorban ketika itu mencecah angka 150 ribu orang.

3. Sebelum peristiwa Nakbah ini rakyat Palestin hidup tenang di 1,300 desa dan kota di tanah Palestin yang bersejarah. Namun setelah peristiwa Nakbah, Zionis Israel akhirnya merampas dan menduduki 774 desa dan kota, 531 di antaranya dihancurkan sama sekali.

4. Jumlah rakyat Palestin sebelum Nakbah sebanyak 1,4 juta orang. Namun di penghujung tahun 2015 menjadi 12,4 juta orang. Ini menunjukkan bahwa terjadi lonjakan jumlah penduduk hingga hari ini sebanyak 8,9 kali ganda.

5. Namun dari jumlah tersebut, hanya 6,3 juta orang yang kini hidup di tanah Palestin. Baik yang berada di Gaza, Tebing Barat, Jerusalem dan Israel.

6. Diperkirakan terdapat 154 ribu orang bangsa Palestin pada tahun 1948 yang sama sekali tidak meninggalkan tanah Palestin. Jumlah itu kini bertambah menjadi 1,5 juta orang di penghujung tahun 2015.

7. Jumlah penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat sehingga akhir tahun 2015 sebanyak 4,8 juta orang. Dengan perkiraan 2,9 juta orang di Tebingi Barat, dan 1.9 juta orang di Gaza.

8. Jumlah penduduk di daerah Al-Quds (Jerusalem) sekitar 423 ribu orang, lebih kurang 62,1 persen dari mereka menetap di pemukiman yang diduduki Israel setelah pendudukan Israel terhadap Tebing Barat tahun 1967.

9. Rata-rata kepadatan penduduk di Tebing Barat dan Gaza mencapai 789 orang setiap satu kilometer persegi. Adapun di Tebing Barat, hanya 513 orang setiap kilometer persegi. Sedangkan di Gaza, sekitar 5.000 lebih setiap satu kilometer persegi.

10. Adapun di Israel, kepadatan penduduk di akhir 2015, hanya sekitar 391 orang setiap satu kilometer persegi, baik merupakan keturunan dari Arab ataupun Israel.

11. Peratus bangsa Palesitin di atas tanah Palestin yang bersejarah ini, sebesar 48 persen dari jumlah penduduk.

12. Dianggarkan jumlah penduduk Palesitin akan terus meningkat menjadi 7,1 juta di penghujung tahun 2020 jika indeks rata-rata pertumbuhan penduduk masih seperti sekarang ini.

13. Jumlah pelarian Palestin yang saat ini bermukim di Tebing Barat dan Gaza mencapai 42 peratus dari jumlah penduduk.

14. Jumlah Pelarian Palestin menurut data UNRWA PBB, jumlahnya hingga 2015, mencapai 5,59 juta orang.

15. Sebanyak 28,7 peratus hidup di kem-kem pelarian. Mereka tersebar di berbagai tempat. Terdapat 10 kem pelarian di Jordan, 9 di Syria, 12 di Lebanon, 19 di Tebing Barat dan 8 di Gaza. Adapun selebihnya mereka bermukim di berbagai negara di dunia.

16. Angka-angka tersebut merupakan perkiraan minimum dari jumlah pelarian yang sesungguhnya. Angka ini tidak termasuk bagi mereka yang terusir pada tahun 1949 hinga akhir perang 1967.

17. Penguasan Wilayah Palestin, saat ini Israel menguasai lebih dari 85 persen tanah Palestin atau sekitar 27 ribu kilometer persegi. Adapun yang tersisa bagi rakyat Palestin sendiri hanya sekitar 15 persen.

18. Israel mendirikan wilayah sendiri sepanjang perbatasan dengan Gaza dengan merampas sekitar 24 persen wilayah Gaza atau sekitar 360 kilometer persegi.

19. Israel menguasai lebih dari 90 peratus wilayah Gor di Jordan.

20. Sejumlah wilayah diberi kode berdasarkan kesepakatan Oslo 1, namun wialyah itu kini dikuasai Israel sekitar 60 peratus dari wilayah Tebing Barat.

21. Sebanyak 12 persen wilayah Tebing Barat dirampas Israel demi membangun tembok pemisah.

22. Di akhir 2014, jumlah wilayah yang berhasil diduduki Israel di Tebing Barat sebanyak 413. Dari jumlah ini, 150 menjadi permukiman ilegal.

23. Jumlah penduduk Israel di Tebing Barat mencapai 599 ribu lebih di 2014.

24. Sekitar 48 peratus penduduk Yahudi di Tebing Barat, tinggal di Jerusalem atau sekitar 286 ribu orang lebih.

25. Perbandingan penduduk Israel yang tinggal di Tebing Barat dan penduduk Palestin sekitar 21 persen. Dengan kata lain, setiap 100 penduduk Palestin, terdapat 21 penduduk Yahudi di Tebing Barat.

26. Sumber Daya Air: Israel menguasai majoriti sumber-sumber air di Palestin. Rakyat Palestin hanya merasakan sekitar 110 juta meter kubik dari total 750 juta meter kubik.

27. Fakta mendesak bangsa Palestin untuk membeli keperluan air bersih dari Israel.

28. Jumlah keperluan air untuk setiap penduduk Palestin di Tebing Barat setiap hari mencapai 79,1 liter perhari.

29. Adapun di Gaza, keperluan air setiap satu orang penduduk sekitar 79 liter perhari, hal terjadi akibat kurangnya petugas air dari sumber-sember air yang tersedia.

30. Sekitar 97 persen sumber air di Gaza tidak memenuhi standard kesihatan dunia untuk dikelolakan sebagai air minum.

31. Indek air minimum yang seharusnya diberikan kepada setiap warga Palestin sebanyak 100 liter perhari menurut rekomendasi WHO.

32. Jumlah Syuhada dan Tahanan Palestin: Jumlah korban syahid sejak intifadah tahun 2000 mencapai 10.500 jiwa syahid berdasarkan data statistik rasmi.

33. Total tahanan Palestin di penjara Israel sejak tahun 1967 sampai 2017 mencapai satu juta orang.

34. Adapun jumlah tahanan yang masih ditahan di dalam penjara Israel berdasarkan data terbaru sebanyak 6.500 orang.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

WALLAHUA’LAM. FP UAI Original

Ternyata Inilah Alasan ISRAEL Mati Matian Rebut PALESTINA, Ceramah Ustadz Abdul Somad Lc MA

https://www.youtube.com/watch?v=2rAqCJazucY