Adakah Sah Solat Makmum Jika Berimamkan Imam yang Isterinya Tidak Menutup Aurat

Adakah Sah Solat Makmum Jika Berimamkan Imam yang Isterinya Tidak Menutup Aurat

Soal :

Adakah sah kita sembahyang menjadi makmum dibelakang imam yang membiarkan isterinya tidak menutup aurat di khalayak ramai?

Jawab :

Berlaku perselisihan di kalangan imam-imam mazhab atas perkara ini. Jumhur ulama dari ulamak mazhab Hanafi, Maliki dan Sayfie mengatakan sah berimamkan orang fasiq.

Seorang suami wajib menyuruh isterinya supaya menutup aurat apabila keluar dari rumah. Membuka aurat adalah engkar perintah Allah dan isteri yang tidak menutup aurat adalah dikira tidak mahu taat perintah Allah. Engkar perintah Allah adalah maksiat dan berdosa. Suami yang redha isterinya berbuat maksiat adalah suami yang dayus.

Firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

Artinya : “Wahai orang-orang yang beriman. Peliharalah diri kamu dan anak isteri kamu dari api neraka.” ( At-Tahrim : 6)

Daripada ayat ini jelas seorang suami yang membiarkan isterinya tidak menutup aurat adalah suami yang rela isterinya masuk neraka dan sudah tentu suami seperti ini tidak takut kepada Allah.

Walau pun sah berimamkan imam yang fasiq tetapi jika ada imam yang tidak fasiq maka hendaklah melantik imam yang tidak fasiq.

Hukum berimamkan orang yang fasiq walaupun sah sembahyang tetapi dibenci syarak.

Berkata Syeikh Muhammad Ramli :

وإنما صحت لخبر الشيخين أن ابن عمر كان يصلي خلف الحجاج، قال الإمام الشافعي: وكفى به فاسقا. وتكره خلفه

Artinya : “Hanyasanya sah sembahyang dibelakang imam fasiq ialah kerana hadith Bukhari dan Muslim adalah Ibnu Umar r.a. sembahyang dibelakang Hajaj. Berkata Imam Syafie sah imam yang fasiq tetapi dibenci sembahyang dibelakangnya.” (Kitab Nihayatul Muhtaj)

Begitulah juga dengan pemimpin-pemimpin selain imam dalam sembahyang hendaklah dilantik dari kalangan mereka yang tidak fasiq yang takut kepada Allah lebih-lebih lagi pemimpin negara maka lebihlah lagi tercelanya jika isterinya tidak mahu menutup aurat. Kerana apabila pemimpin negara tidak takut kepada Allah maka semestinya dia lebih lagi tidak takut kepada rakyat dibawah kekuasaannya.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam. FP UAI Original

Hukum Solat Berimamkan Imam Yang Kurang Alim Ustaz Azhar Idrus

error: Content is protected !!