Apa Hukum dan Cara Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan

Apa Hukum dan Cara Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan

67 views

Apa Hukum dan Cara Solat Gerhana Matahari dan Gerhana BulanApa Hukum Solat Sunat Gerhana

Hukum melakukan solat gerhana samada gerhana matahari atau gerhana bulan adalah sunat muakkad artinya sunat yang sangat besar pahalanya dan sangat dituntut mengerjakannya.

Firman Allah Taala :

وَمِنْ آَيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

artinya : “Dan setengah daripada tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian malam dan siang dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sekelian sujud kepada matahari dan jangan kepada bulan dan tetapi sujudlah kamu sekelian kepada Allah yang menjadikan sekeliannya jika ada kamu itu hanya beribadah kepada-Nya.” (Fushilat : 37)

Rasulullah saw bersabda :

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَافْزَعُوا لِلصَّلاَةِ

artinya : “Sesungguhnya matahari dan bulan itu adalah dua tanda dari segala tanda kekuasaan Allah. Tidaklah keduanya gerhana sebab kematian seseorang dan tidak pula kerana lahirnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersegeralah kamu kepada solat.” (Hadith Muslim)

Waktu Solat Gerhana

Masuk waktu mengerjakan solat gerhana ialah apabila mula berlakunya gerhana yaitu jika gerhana matahari ialah apabila bulatan bulan mula melindungi bulatan matahari dan bagi gerhana bulan pula ialah apabila bayang bumi mula melindungi bulatan bulan.

Dan tamatlah waktunya apabila selesai bulatan bulan melindungi bulatan matahari bagi gerhana matahari dan selesai bayang bumi dari bulatan bulan bagi gerhana bulan.

Cara Solat Sunat Gerhana

Solat gerhana sama seperti solat sunat yang lain kecuali dalam satu rakaat ada dua kali rukuk dan dua kali qiam. Maka jadilah semuanya dalam dua rakaat itu ada empat kali rukuk dan empat kali sujud.

Daripada Aisyah r.a. katanya :

أَنَّ النَّبِىَّ جَهَرَ فِى صَلاَةِ الْخُسُوفِ بِقِرَاءَتِهِ فَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِى رَكْعَتَيْنِ وَأَرْبَعَ سَجَدَاتٍ

artinya : “Sungguhnya Nabi saw menguatkan suara bacaannya pada solat gerhana bulan. Maka Nabi saw kerjakan solat dua rakaat itu dengan empat kali rukuk dan empat kali sujud.” (Hadith Bukhari)

Tatacara Solat Sunat Gerhana

-. Niat dan takbiratulihram

Ketika mengankat takbir hendaklah berniat :

“Sahaja aku solat sunat gerhana bulan/matahari dua rakaat
kerana Allah Taala”

-. Membaca doa iftitah

-. Membaca Al-Fatihah

– Membaca surah. Afdhal dibaca surah yang panjang dan pada
qiam yang kedua surah yang pendek dari yang pertama.

– Rukuk

– Kembali kepada qiam

– Membaca Al-Fatihah

– Membaca surah

– Iktidal

– Sujud yang pertama

– Duduk antara dua sujud

– Sujud yang kedua

– Berdiri rakaat yang kedua

– Baca Al-Fatihah

– Baca surah

– Rukuk

– Berdiri

– Baca Al-Fatihah

– Baca surah

– Rukuk

– Iktidal

– Sujud yang pertama

– Duduk antara dua sujud

– Sujud yang kedua

– Duduk dan membaca tahyat

– Beri salam

Kemudian jika dikerjakan secara berjemaah sunat dibaca akan dua khutbah yang isinya menyebut tentang kebesaran Allah dan tanda-tanda keEsaan-Nya dan mengajak manusia bertaubat kepada Allah.

Daripada Aisyah r.a. katanya :

إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا فَرَغَ مِنَ الصَّلاَةِ قَامَ وَخَطَبَ النَّاسَ

artinya : “Sungguhnya Nabi saw ketika selesai dari solat gerhana maka berdiri baginda dan membaca khutbah kepada orang ramai.” (Hadith Bukhari)

Jika dikerjakan seorang diri maka hendaklah berdoa selepas selesai dari solat.

Rasulullah saw bersabda :

فَإِذَا رَأَيْتُمْ كُسُوفَ أَحَدِهِمَا فَصَلُّوا وَادْعُوا حَتَّى يَنْكَشِفَ مَا بِكُمْ

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

artinya : “Maka apabila kamu melihat gerhana matahari atau bulan maka sembahyanglah kamu dan berdoalah sehingga hilang gerhana itu.” (Hadith Nasaai)

Sekian. Wallahua’lam. FP UAI Original

Ustaz Azhar Idrus – Solat Gerhana

https://www.youtube.com/watch?v=Ip0DoLCJVTw