Apa Hukum Pemerintah Yang Menipu & Zalim

Apa Hukum Pemerintah Yang Menipu & ZalimDari Ma`qil bin Yasaar r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda :

ما من والٍ يلي رعيةً من المسلمين ، فيموتُ وهو غاشٌّ لهم ، إلا حرَّمَ اللهُ عليه الجنةَ

artinya :

“Tidak ada seorang pun pemimpin yang memimpin rakyatnya dari kalangan Muslimin lalu mati ia dalam keadaan dia telah menipu rakyatnya melainkan mengharamkan olih Allah atasnya syurga.” (Hadith Bukhari)

dan pada lafaz yang lain yang juga diriwayatkan dari Ma’qil bin Yaasar r.a. katanya ::

إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

artinya :

“Sungguhnya aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Tiada dari seseorang pun yang Allah telah berikan kepadanya amanah menjadi pemimpin yang mati ia dalam keadaan menipu akan rakyatnya kecuali mengharamkan olih Allah akan dirinya syurga.” (Hadith Muslim)

Maksud pemimpin di sini ialah orang yang berkuasa dalam sebuah negara atau negeri atau daerah samada bergelar raja atau menteri atau presiden atau ketua negeri atau sebagainya.

Wallahua’lam. FP UAI Original

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Pemerintah Menipu dan Menzalimi Rakyat Semua – Ustaz Abdullah Khairi

error: Content is protected !!