Apa Hukum Solat Pada Tempat atau Sejadah Kena Najis

Apa Hukum Solat Pada Tempat atau Sejadah Kena NajisAntara syarat sah sembahyang ialah suci tempat sembahyang dari najis. Maksud tempat sembahyang ialah tempat yang bersentuh dengan badan orang yang sembahyang ketika melakukan ibadah sembahyang.

Tempat yang tidak bersentuh dengan badan orang yang sembahyang tidak dikira sebagai tempat sembahyang.
Olih kerana itu jika ada najis pada sejadah atau tikar sembahyang tetapi ketika kita berdiri dan duduk mengerjakan sembahyang tidak bersentuh dengan najis tersebut maka sembahyang adalah sah.

Begitu juga sah sembahyang jika najis ada pada bawah tikar atau sejadah sembahyang yang tidak kena pada bahagian tubuh kita.

Berkata Imam Abu Bakar Al-Hisni :

وَلَو صلى على بِسَاط تَحْتَهُ نَجَاسَة أَو على طرفه نجاسة أو على سَرِير قوائمه على نَجَاسَة لم يضر وَلَو كَانَت نَجَاسَة تحاذي صَدره فِي حَال سُجُوده أَو غَيره فَوَجْهَانِ الْأَصَح لَا تبطل صلَاته لِأَنَّهُ غير حَامِل للنَّجَاسَة وَلَا مصل عَلَيْهَا

artinya : “Jika seorang solat di atas tikar yang di bawahnya ada najis atau di tepinya ada najis atau solat di atas katil yang tiang-tiangnya terdapat najis maka tidak mengapa. Kalau najis tersebut sejajar dengan bahagian dadanya ketika sujud atau anggota yang lain maka ada dua pendapat. Yang paling sahih adalah tidak batal solatnya kerana dia tidak membawa najis dan tidak bersentuh dengan najis.” (Kitab Kifayatul Akhyar)

Wallahua’lam-Fbpages UAI Original

Bawah Sejadah ada Najis Tahi Cicak

Mari kita tonton penjelasan ustaz Azhar Idrus mengenai situasi ini. Apa hukumnya jika kita solat diatas sejadah dimana ada najis dibawah sejadah.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

error: Content is protected !!