Apa Hukum Solat Tahyat Masjid Ketika Khatib Baca Khutbah Jumaat

Apa Hukum Solat Tahyat Masjid Ketika Khatib Baca Khutbah Jumaat
Soal :

Ketika masuk ke dalam masjid pada hari jumaat dan khatib sedang membaca khutbah adakah harus dikerjakan sembahyang sunat tahyat masjid?

Jawab :

Telah berkata olih Syeikh Athiyah Saqr :

Telah meriwayatkan olih Imam Muslim dari Jabir bin Abdillah r.a. katanya :

جاء سليك الغطفاني يوم الجمعة ورسول الله – صلى الله عليه وسلم – يخطب فجلس فقال : يا سليك قم واركع ركعتين وتجوز فيهما ثم قال : إذا جاء أحدكم يوم الجمعة والإمام يخطب فليركع ركعتين وليتجوز فيهما

artinya : “Sungguhnya Sulaik Al-Ghatfani r.a. telah datang pada hari jumaat dan ketika itu Rasulullah saw sedang berkhutbah kemudian duduk ia. Lalu bersabda Rasulullah saw : Wahai Sulaik! Bangun dan sembahyanglah dua rakaat dan ringankan pada keduanya.
Kemudian Rasullah saw bersabda :
” Apabila datang seorang kamu pada hari jumaat dan imam sedang berkhutbah maka sembahyanglah dua rakaat dan ringankan pada keduanya.”

Berkata Imam Nawawi pada Syarah Muslim :

هذه الأحاديث كلها صريحة فى الدلالة لمذهب الشافعى وأحمد وإسحاق وفقهاء المحدثين أنه إذا دخل الجامع يوم الجمعة والإِمام يخطب ، استحب له أن يصلى ركعتين تحية المسجد، ويكره الجلوس قبل أن يصليهما ، وأنه يستحب أن يتجوز فيهما ليسمع بعدها الخطبة، وحكى هذا المذهب أيضا عن الحسن البصرى وغيره من المتقدمين

Artinya : “Semua hadith-hadith ini jelas menunjukkan bagi mazhab Syafie, Ahmad dan Ishaq dan para fuqahak muhaddithin sungguhnya apabila masuk seorang akan masjid pada hari jumaat dan imam sedang berkhutbah disunatkan baginya bahawa ia sembahyang sunat dua rakaat tahyat masjid. Dan dimakruhkan duduk sebelum sembahyangkan keduanya. Dan sungguhnya disunatkan bahawa meringankan ia akan kedua rakaat tersebut supaya mendengar khutbah selepas itu. Dan dihikayatkan juga pendapat ini dari Hasan Basri dan lainnya dari ulama terdahulu.”

Sumber : Fatawa Syeikh Athiyah Saqr. Kitab Ahsanil Kalam

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam. FP UAI Original

Hukum Solat Sunat Semasa Khatib Membaca Khutbah – UAI

error: Content is protected !!