Apakah Hukum Adat Merenjis Air Mawar Kepada Pengantin?

Apakah Hukum Adat Merenjis Air Mawar ?Soal :

Kebiasaan berlaku pada setengah majlis perkahwinan dimana pengantin meletakkan dua tapak tangannya di atas paha kemudian ibu bapa pengantin atau sanak saudaranya merenjis air mawar ke atasnya. Apakah hukumnya di sisi agama Islam perbuatan merenjis air mawar kepada pengantin seperti ini?

Jawab :

Hukumnya bergantung kepada niat dan tujuan. Jika ia bertujuan mewangikan suasana maka tidaklah menjadi kesalahan bahkan sunat hukumnya memakai wangian pada tubuh, mewangikan rumah dan masjid, mewangikan majlis samada pada hari-hari perayaan, hari perkahwinan atau hari-hari biasa.
Dan cara mewangikan itu pula ada berbagai-bagai cara. Ada yang direnjis, ada yang dilumur, ada yang disapu, ada yang dibakar hingga mengeluarkan bau wangi dan menggunakan penyembur.

Ada beberapa hadith dan atsar yang menjadi dalil bahawa berwangi-wangi ini dianjurkan olih syarak. Antaranya :

Daripada Aisyah r.a. katanya :

كُنْتُ أُطَيِّبُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ أَنْ يُحْرِمَ، وَيَوْمَ النَّحْرِ

Artinya : “Aku pernah meletak wangian pada Nabi saw sebelum baginda melakukan ihram dan pada hari raya.” (Hadith Muslim)

Berkata Imam Baghowi :

وَأَنْ يَلْبَسَ أَحْسَنَ مَا يَجِدُ وَيَتَطَيَّبَ

Artinya : “Dan sunat bahawa memakai pakaian cantik (pada hari-hari besar) yang dia miliki dan memakai wangian.” (Kitab Syarah Sunnah)

Berkata Imam Malik :

سَمِعْتُ أَهْلَ الْعِلْمِ يَسْتَحِبُّونَ الطِّيبَ وَالزِّينَةَ فِي كُلِّ عِيدٍ

Artinya : “Yang aku telah dengar ulama mengalakkan berwangi-wangian dan berhias cantik pada setiap hari perayaan.” (Kitab Mughni Ibnu Qudamah)

Maka terjawab sudah bahawa merenjis air mawar yang sememangnya berbau wangi kepada pengantin sebagaimana dalam soalan adalah harus dan masuk dalam perintah agama mewangikan diri dan majlis.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam.

Apa Hukum Tepung Tawar, Tepak Sireh dan Merenjis Air Mawar Kepada Pengantin

error: Content is protected !!