Apakah Hukum Melakukan Majlis Tahlil

Apakah Hukum Melakukan Majlis Tahlil

25 views

Apakah Hukum Melakukan Majlis Tahlil
Soal :

Di tempat saya selalu berlaku orang-orang berhimpun pada masjid atau rumah kemudian bertahlil banyak-banyak dan memuji-muji Allah. Apakah hukum perbuatan mereka itu? Adakah dalilnya disisi syarak? 
Kerana ada yang mengatakan perbuatan ini adalah bidaah yang dilarang dan membanyakkan zikir itu tidak disuruh syarak.

Jawab :

Sebaik-baik perhimpunan manusia ialah perhimpunan kerana berzikir kepada Allah dan sebaik-baik zikir pula ialah bertahlil yaitu menyebut لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ dan sebaik-baik doa pula ialah memuji-muji Allah dengan sebutan الحَمْدُ لِلَّهِ.

Telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah r.a. katanya :

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الحَمْدُ لِلَّهِ

artinya :

“Aku telah mendengar akan Rasulullah saw bersabda : Sebaik-baik zikir itu ialah menyebut لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ dan sebaik-baik doa pula ialah menyebut الحَمْدُ لِلَّهِ .”

(Hadith At-Tirmizi)

Dan membanyakkan zikir itu bukan dilarang syarak tetapi disuruh syarak.

Firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا الَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

artinya : “Wahai orang-orang yang beriman berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya.” (Al-Ahzab : 41)

Telah jelaslah di sini bahawa bertahlil adalah melakukan amalan yang paling afdhal manakala memuji-muji Allah adalah doa yang paling Allah suka. Dan orang yang membanyakkan zikir itu adalahah orang yang patuh pada suruhan Allah.

Orang yang melarang ucapan tahlil dan doa dan membidaahkan membanyakkan zikir adalah orang yang sangat jahil lagi tersesat dari jalan Allah.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam. FP UAI Original

Kenduri Tahlil Haram?? Dengar Molek! – Ustaz Azhar Idrus