Apakah Hukum Mengucapkan Selawat Ketika Berjabat Salam

Apakah Hukum Mengucapkan Selawat Ketika Berjabat SalamHadith Pertama

Daripada Barra’ bin ‘Azib r.a. katanya :

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إلاَّ غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أنْ يَتَفَرَّقَا

artinya : “Rasulullah saw telah bersabda : Tiadalah dua orang Islam berjumpa lalu berjabat salam keduanya melainkan telah diampunkan bagi keduanya sebelum lagi mereka berpisah.”

(Hadith riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud & Ibnu Majah. Hadith ini adalah sahih)

Hadith Kedua

Daripada Anas bin Malik r.a. katanya :

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من عبدين متحابين في الله يستقبل أحدهما صاحبه فيصافحه فيصليان على النبي إلا لم يتفرقا حتى تغفر ذنوبهما مما تقدم منها وما تأخر

artinya : “Daripada Nabi saw baginda bersabda : Tiadalah dari dua orang hamba yang berkasih sayang kerana Allah yang bertemu keduanya lalu berjabat tangan dan mengucap selawat kepada Nabi saw melainkan sebelum berpisah telah diampunkan dosa keduanya yang telah lalu dan yang terkemudian.”

(Hadith riwayat Imam Ibnu Sunni pada kitab Amalul Yaumi Wal lalilah dan Imam Abu Ya’la pada kitab Musnad dan sanadnya dhaif)

Hadith Ketiga

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi saw bersabda :

مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ

artinya : “Barangsiapa berselawat ke atasku sekali selawat maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat dan dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkatkan baginya akan sepuluh darjat. ”

(Hadith riwayat Ahmad & Nasa’i. Hadith ini adalah sahih)

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Kesimpulan Mengenai Apakah Hukum Mengucapkan Selawat Ketika Berjabat Salam

  • Berjabat salam ketika bertemu adalah sunnah dan kedua orang yang berjabat salam itu akan dihapuskan doa-dosanya yang telah keduanya lakukan.
  • Berselawat adalah amalan yang sangat besar ganjarannya dan diperintahkan membanyakkannya dan dimana sahaja dan bila sahaja samada ketika duduk seorang diri atau ketika didalam kumpulan atau ketika dirumah atau didalam perjalanan.
  • Berselawat ketika memulakan suatu pekerjaan adalah harus dan mendapat fadhilat dengan dalil hadith diatas seperti ketika berjumpa, ketika berjabat salam, ketika memulakan majlis, ketika mahu menaiki kenderaan, ketika memulakan pekerjaan, ketika duduk, berdiri, atau berbaring kerana tidak ada dalil yang menyuruh berselawat pada waktu-waktu tertentu sahaja.
  • Berjabat salam sambil mengucapkan selawat adalah harus kerana beramal dengan hadith dhaif di atas istimewa pula dengan mengharapkan kepada Allah mendapatkan kebajikan.
  • Jika dikatakan orang tidak bolih beramal dengan hadith yang dhaif maka jawabnya meninggalkan beramal dengan perkataan orang tersebut kerana mahu beramal dengan hadith yang dhaif adalah lebih baik.

Wallahua’lam FP UAI Original

SS Dato Dr Asri-Bersalaman & Letak Tangan Pada Dada Sambil Ucap Selawat Dan Salam Selepas Solat

error: Content is protected !!