Apakah Hukum Puasa di Bulan Rejab

Apakah Hukum Puasa di Bulan RejabSoal :

Apakah hukumnya puasa di bulan Rejab? Adakah sunat hukumnya atau bid’ah?
Benarkah kata orang bahawa hadith yang menceritakan Nabi saw puasa di bulan Rejab itu dhaif?

Jawab :

Terlebih dahulu kita lihat hadith berkenaan supaya mendapat akan jawapan yang benar.

Uthman bin Hakim Al-Ansori berkata :

سَأَلْتُ سَعِيدَ بْنَ جُبَيْرٍ عَنْ صَوْمِ رَجَبٍ وَنَحْنُ يَوْمَئِذٍ فِي رَجَبٍ فَقَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ

Artinya : “Aku telah bertanya akan Said bin Jubair r.a. berkenaan puasa Rejab dan kami pada ketika itu sedang berada di dalam bulan Rejab. Maka berkata Said bin Jubair r.a. : Aku telah mendengar Ibnu Abbas r.a. berkata : Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami kata baginda tidak berbuka. Dan baginda juga makan sehingga kami kata baginda tidak berpuasa.”

Hadith Imam Muslim pada Kitabul Siyam no : 1157

Maka daripada hadith di atas dapatlah diketahui bahawa puasa Rejab adalah disunatkan kerana jelas dari cerita Ibnu Abas bahawa Nabi saw banyak berpuasa di bulan Rejab.

Dan dari perkataan Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi juga meninggalkan berpuasa pada bulan Rejab membawa arti puasa Rejab adalah sunat bukannya wajib kerana apabila Nabi saw ada melakukannya dan meninggalkannya menunjukkan perkara itu hanyalah sunat.

Orang yang berkata hadith Nabi saw puasa Rejab adalah hadith dhaif adalah tidak benar kerana hadith Ibnu Abbas r.a. di atas adalah hadith sahih riwayat Imam Muslim di dalam kitab sahihnya.

Kesimpulan Mengenai Hukum Puasa Bulan Rejab

– Hukum puasa di bulan Rejab adalah sunat dan dapat pahala siapa yang melakukannya pada mana-mana hari yang dia suka  di dalam bulan Rejab.

– Puasa sunat Rejab adalah sunnah bukannya bida’ah kerana ia diamalkan olih Nabi saw. Arti bidaah ialah perkara yang tidak diamalkan olih Nabi saw.

– Puasa Rejab hukumnya sunat bukan wajib.

– Hadith Nabi saw puasa di bulan Rejab adalah hadith sahih bukan hadith dhaif.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam. FP UAI Original

Fadhilat Puasa Bulan Rejab – Ustaz Azhar Idrus

error: Content is protected !!