Apakah Kaitan antara Kanak-kanak dan Syaitan Ketika Senja

Apakah Kaitan antara Kanak-kanak dan Syaitan Ketika Senja

56 views

Apakah Kaitan antara Kanak-kanak dan Syaitan Ketika Senja
Soal :

Benarkah cakap orang bahawa apabila waktu hampir senja maka tidak elok dibiarkan kanak-kanak berada di luar rumah kerana pada waktu itu syaitan ramai berkeliaran. Atau ia hanyalah cakap-cakap orang tua yang tidak ada sandaran dalil.

Jika benar maka sampai bilakah mereka dibenarkan untuk keluar kembali dari rumah?

Jawab :

Memang benar apa yang dikatakan itu. Ketika waktu senja tidak elok dibiarkan kanak-kanak masih berada di luar rumah kerana bermain-main atau seumpamanya. Hendaklah dipanggil masuk ke dalam rumah jika mereka masih berada di luar rumah. Kerana pada waktu itu sungguhnya syaitan teramat ramai dan dibimbangi syaitan akan mengganggu atau menyakiti kanak-kanak yang masih berada di luar rumah.

Dan tutuplah semua pintu dan tingkap ketika menjelang senja dan berzikirlah menyebut Allah kerana syaitan tidak akan dapat masuk jika pintu dalam keadaan tertutup.

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ ، فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ ، وَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا

Artinya : “Apabila dekat waktu senja maka tahanlah anak-anak kamu ( yakni di dalam rumah). Maka sungguhnya syaitan bertebaran pada waktu itu. Maka apabila masuk waktu malam maka tidak mengapalah di lepaskan mereka. Dan tutuplah segala pintu dan sebutlah nama Allah maka sungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu rumah yang ditutup.” (Hadith Bukhari & Muslim)

Dari hadith ini jelas bahawa Rasulullah saw menyuruh ibu bapa memasukkan anak-anak di dalam rumah bila datang waktu senja dari kerana ketika itu syaitan ramai bertebaran yang bolih jadi akan memudaratkan anak-anak tersebut.
Maka apabila menjelang malam yaitu sudah masuk waktu isyak maka tidak mengapa jika kanak-kanak berada di luar jika ada keperluan.

Imam Nawawi berkata :

هذا الحديث فيه جمل من أنواع الخير والأدب الجامعة لمصالح الآخرة والدنيا ، فأمر صلى الله عليه وسلم بهذه الآداب التي هي سبب للسلامة من إيذاء الشيطان ، وجعل الله عز وجل هذه الأسباب أسبابا للسلامة من إيذائه ، فلا يقدر على كشف إناء ، ولا حل سقاء ، ولا فتح باب ، ولا إيذاء صبي وغيره إذا وجدت هذه الأسباب

Artinya : “Bermula hadith ini ada padanya pelbagai kebaikkan dan adab yang menghimpunkan bagi kebaikkan dunia dan akhirat. Maka Rasulullah saw telah memerintahkan dengan adab ini yang ia adalah sebab bagi mendapat keselamatan dari gangguan syaitan. Dan menjadikan olih Allah akan dia sebagai asbab bagi selamat dari gangguannya. Maka tiada mampu syaitan untuk membuka bekas-bekas makanan dan minuman dan tidak mampu membuka pintu-pintu. Dan tidak akan menyakiti kanak-kanak dan lainnya apabila didapatkan sebab-sebab tersebut.” (Syarah Sahih Muslim)

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

wallahua’lam. FP UAI Original

Ummu Sibyaan..Jin Yang Suka Ganggu Bayi / Kanak-kanak – Ustaz Azhar Idrus