Apakah Maksud Bidaah Hasanah : Fatwa Mufti Negeri Mesir

Apakah Maksud Bidaah Hasanah : Fatwa Mufti Negeri Mesir

70 views

Apakah Maksud Bidaah Hasanah : Fatwa Mufti Negeri MesirSoal :

Apakah arti bidaah hasanah?

Jawab :

Bersabda olih Nabi saw :

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

Artinya : “Barangsiapa mencipta pada pekerjaan kami ini akan suatu yang bukan daripadanya maka ia tertolak.” (Hadith Muttafaq ‘Alaih)

Dan difahamkan akan perkataan Nabi saw ini bahawa barangsiapa yang mencipta padanya apa yang ada daripada pekerjaan kami maka ia diterima sebagaimana yang telah memperbuat olih Uthman r.a. pada azan yang kedua pada hari jumaat. Dan seperti telah datang pada hadith yang datang pada soalan. Inilah dia pemahaman segala imam-imam dan mazhab-mazhab fiqah yang diikuti. Dan jika kami tidak berkata seperti demikian maka akan sempitlah atas manusia pada kehidupan mereka dan akan menjadikan kewajipan atas manusia meninggalkan kebanyakkan dari pekerjaan dalam urusan kehidupan mereka.

Dan para ulama membahagikan bidaah itu kepada beberapa bahagi. Maka setengahnya bidaah yang harus, yang sunat, yang haram, yang makruh dan yang wajib yakni tertakluklah bidaah itu dengan hukum taklif yang lima.

Dan sungguhnya telah berlaku keganjilan pada masalah ini olih setengah ulama yang menyangka olih mereka sunggguhnya tidak ada dari bidaah itu melainkan hanyalah keji semuanya. Pada hal mereka telah menyalahi dengan pendapat demikian akan sabda Nabi saw :

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَلَهُ أَجْرُهَا، وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا، وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

Artinya : “Barangsiapa yang mencipta dalam agama ikutan yang elok maka baginya pahalanya dan pahala orang yang beramal dengannya selepasnya dengan tiada kurang sedikit pun dari pahala mereka itu. Dan barangsiapa yang mencipta pada agama akan satu ikutan yang keji maka adalah atasnya dosanya dan dosa orang yang beramal dengannya selepasnya dengan tiada kurang sedikit pun dari dosa mereka itu.” (Hadith Muslim)

Dan inilah yang telah tetap atasnya olih para ulama dan berjalan atasnya olih sekelian orang Islam zaman dahulu dan zaman kemudian dengan ketiadaan ingkar yang muktabar.

Dan atasnya maka sungguhnya maksud sebenar ialah setiap bidaah yang membawa kepada kebinasaan itu bidaah yang keji yang menyalahi jalan Islam yang sahih atau menyalahi usul Islam.”

Wallahua’lam

sumber asal :

مفهوم البدعة الحسنة
التاريخ 07/12/2016

ما هو مفهوم البدعة الحسنة؟

الجواب

يقول النبي صلى الله عليه وآله وسلم: «مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ» متفق عليه، ومفهوم هذا الكلام النبوي البليغ أن من أحدث فيه ما هو منه فهو مقبول؛ تمامًا كما فعل سيدنا عثمان رضي الله عنه في الأذان الثاني يوم الجمعة، وكما ورد في الحديث الوارد في السؤال، وهذا هو فهم الأئمة والمذاهب الفقهية المتبوعة، ولو لم نقل بذلك لضاقت على الناس معايشهم ولأصبح واجبًا عليهم ترك كثير من أمور حياتهم ومعيشتهم.
والعلماء يقسمون البدعة إلى أقسام: فمنها المباحة، ومنها المستحبة، ومنها المحرمة، ومنها المكروهة، ومنها الواجبة؛ أي إنها تعتريها الأحكام التكليفية الخمسة.
وقد شذ في هذه المسألة بعض العلماء فزعموا أنه ما من بدعة إلا وهي سيئة؛ مخالفين بذلك قول النبي صلى الله عليه وآله وسلم: «مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَلَهُ أَجْرُهَا، وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا، وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ» رواه مسلم، وهذا هو الذي استقر عليه العلماء وجرى عليه المسلمون سلفًا وخلفًا من غير نكير معتبر.
وعليه: فإن المقصود بأن كل بدعة تؤدي إلى التهلكة هو البدعة السيئة التي تخالف المنهج الإسلامي الصحيح أو أصلًا من أصول الدين.
والله سبحانه وتعالى أعلم

http://www.dar-alifta.org/

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

FP UAI Original.

Ust Azhar Idrus- Bid’ah | Kitab Fatwa ; Arab Saudi