Apakah Ubat Bagi Orang Yang Was-Was

Apakah Ubat Bagi Orang Yang Was-Was

Setengah ulama menyebut bahawa sunat bagi siapa yang mahu memulakan taharah atau sembahyang atau lain-lain ibadah membaca : لاإِلـهَ إِلاَّ اللَّـهُ dari kerana syaitan itu apabila mendengar kalimat zikir maka ia akan lari sejauh mungkin.

Telah berkata Al-Sayyed Al-Jalil Ahmad bin Abu Al-Hawari : “Aku mengadu kepada Abu Sulaiman Al-Darani tentang was-was yang menimpaku. Lalu dia pun berkata: “Apabila kamu ingin menghilangkannya daripada dirimu, maka apabila saja kamu merasa was-was itu datang, bergembiralah, kerana apabila engkau bergembira was-was itu akan terputus daripadamu. Tidak ada sesuatu yang paling dibenci oleh syaitan daripada kegembiraan orang yang beriman. Jika engkau bersedih hati tentulah was-was itu akan bertambah-tambah lagi menyerang dirimu.”

Menurut hadith yang sahih riwayat Syaikhain bahawa manusia itu sentiasa tertanya-tanya, sampai kepada pertanyaan Allah menjadikan makhluk ini, lalu siapa pula yang menjadikan Allah itu? Maka barangsiapa diwas-waskan seperti itu, hendaklah dia membaca :

آمَنـْتُ بِـاللَّـهِ وَرُسُـلِـهِ

artinya : “Aku beriman kepada Allah dan sekelian RasulNya.”

Imam Abu Al-Hasan Al-Syazali pernah mengajarkan sahabat-sahabatnya amalan yang boleh menolak was-was dan lintasan-lintasan fikiran yang tidak baik, dia mengatakan kepada mereka, bahawa barangsiapa yang merasa hal yang seumpama itu, maka letakkanlah tangan kanannya di atas dadanya dan mengucapkan :

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ الْخَلاَّقِ الْفَعَّالِ

artinya: “Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa yang Maha Suci dari kekurangan yang Maha Menciptakan sekalian makhluk dan yang Maha Melakukan (apa saja yang dikehendakiNya).”

bacaan tersebit dibaca 7 kali kemudian membaca pula :

إِن يَشَأ يُذهِبكُم وَيَأتِ بِخَلقٍ جَدِيدٍ ¡ وَمَا ذلِكَ عَلَى اللَّـهِ بِعَزِيزٍ
(سورة ابراهيم : 19-20)

artinyanya: “Jika Dia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu.” (Ibrahim: 19 – 20)

Bagi yang mahu bersembahyang hendaklah melakukan amalan diatas sebelum mengangkat takbir sembahyang.

Jika datang juga syaitan menganggu selepas itu maka jangan sekali-kali dilayan dan teruskan dengan kerja-kerja ibadah yang sedang dilakukan.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

walahua’lam. FP UAI Original.

Cara tangani was was – Ustaz Azhar Idrus

error: Content is protected !!