Baca Bismillah Sebelum Solat

Baca Bismillah Sebelum Solat

Telah sabit pada hadith bahawa Rasulullah saw memulakan solat dengan mengucapkan takbir dan menyudahi solat dengan mengucap salam.

Apakah boleh seorang yang mahu memulai solat membaca Bismillah?

Jawabnya jika dia membacanya kerana mengambil berkat memulai sesuatu pekerjaan dengan membaca Bismillah sebagaimana mahu melakukan perkara-perkara yang lain maka hukumnya adalah harus kerana hadith berikut :

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

كُلُّ كَلَامٍ أَوْ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُفْتَحُ بِذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَهُوَ أَبْتَرُ

artinya : “Setiap perkataan atau pebuatan yang tidak dimulai dengan zikrullah (yakni menyebut nama Allah) maka perbuatan tersebut kurang keberkatannya.” (Hadith Imam Ahmad)

Maka harus beramal dengan hadith ini secara umum di mana sahaja atau bila masa sahaja membaca Bismillah samada sebelum solat atau selepas solat selagi tidak datang nas melarang membacanya.

Kerana itulah tidak ada seorang ulamak pun yang mengharamkan membaca Bismillah sebelum solat dan tiada juga yang mewajibkannya.

Kalau begitu adakah membaca Bismillah sebelum solat itu sunnah?

Jawabnya ia bukan termasuk sunnah kerana tidak di temui hadith menyuruh membaca Bismillah sebelum solat.

Maka kekallah hukum membaca Bismillah sebelum solat itu harus.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Kesimpulan Mengenai Membaca Bismillah Sebelum Solat

  • Membaca zikrullah termasuk bismillah adalah sunnah yang sangat besar ganjarannya.
  • Membaca Bismillah sebelum solat hukumnya adalah harus.
  • Tiada ulama yang mewajibkan membaca Bismillah sebelum solat dan tiada juga yang mengharamkannya.
  • Siapa yang mengatakan orang yang tidak membaca Bismillah sebelum solat maka solatnya tidak sempurna maka orang itu adalah orang yang tidak memahami selok belok hukum syarak.
  • Siapa yang melarang orang yang membaca Bismillah sebelum solat dengan alasan Nabi tidak membacanya pula adalah termasuk orang-orang yang dungu.

Wallahua’lam. FP UAI Original.

Hukum Baca Bismillah Sebelum Takbiratul Ihram – Ustadz Adi Hidayat

error: Content is protected !!