Bacaan Doa Selepas Wuduk Beserta Maksudnya

Bacaan Doa Selepas Wuduk Beserta Maksudnya

115 views

Bacaan Doa Selepas Wuduk Beserta MaksudnyaDoa Selepas Berwuduk

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَشْهَدُ اَنْ لآاِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًاعَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِىْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِىْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ وَاجْعَلْنِىْ مِنَ عِبَادِكَ الصَالِحِينَ سُبْحَانَكَ اَلَّلهُمَّ وَبِحَمْدِكَ اَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوبُ اِلَيكَ
أمين

Artinya :

“Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah hamba dan Utusan Allah. Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersucI dan jadikanlah aku dari golongan hamba-Mu yang salih. Maha suci Engkau. Dan aku memohon ampunan serta bertaubat pada-Mu”

Sayyiduna Umar r.a. berkata telah bersabda Rasulullah saw yang artinya :

“Tidak ada seorang pun dari kamu yang mengambil wuduk dan disempurnakan wuduknya itu kemudian mengucapkan ‘Asyhadu allaa ilaha illallah wahdahu laa syarika lahu, wa asyhadu anna Muhammdan abduhu wa rasuluhu‘ kecuali dibukakan baginya lapan pintu syurga dan dia boleh masuk dari pintu mana saja yang dia suka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Dalam riwayat At-Tirmizi ada :“Allahummajnalni minattawwabiin wa ij’alni minal mutathohhiriin.”

Kita amalkan selalu doa selepas wuduk kerana ganjarannya yang sangat besar.

Bacaan Doa Selepas Wuduk Beserta Maksudnya

wallahua’lam. FP UAI Original

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Niat Wuduk & Doa Selepas Berwuduk

Gallery for Bacaan Doa Selepas Wuduk Beserta Maksudnya