Bagaimanakah Cara Untuk Solat Istikharah?

Bagaimanakah Cara Untuk Solat Istikharah?

1. Sembahyang Istikharah yakni sembahyang mohon pilih di antara baik membuat sesuatu itu atau tiada baik membuat akannya sesuatu.

2. Sembahyang Istikharah dua rakaat dibuat bagaimana sembahyang yang lain.

3. Niat: نويت صلاة الاستخارة ركعتين لله تعالى – Sahaja aku sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Taala semata-mata.

4. Lepas fatihah pada rakaat yang pertama sunnat dibaca surah قل يا ايها الكافرون hingga akhirnya dan lepas fatihah pada rakaat yang kedua sunnat dibaca surah Al-Ikhlas yakni قل هو الله احد hingga akhirnya.

5. Lepas salam sunnat dibaca doa yang masyhur yang datang daripada Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين ، اللهم انى استخيرك بعلمك واستقدر بقدرتك واسألك من فصلك العظيم فانك تقدرولااقدر وتعلم ولااعلم وانت علام الغيوب، اللهم ان كنت تعلم ان هذا الامر خيرلى فى دينى ودنياى ومعاشى وعاقبة امرى عاجله واجله فاقدره لى ويسره لى ثم بارك لى فيه ياكريم وان كنت تعلم ان هذا الامر شرلى فى دينى ودنياى ومعاشى وعاقبة امرى وعاجله واجله فاصرفه عنى واصرفنى عنه واقدرلى الحير حيث كان ثم رضنى به ياكريم ، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمد لله رب العالمين

Ertinya: Allah huma ya Allah, hamba mohon pilih diantara baik membuat perkara ini atau kurang baik membuat perkara ini dengan ‘alam Tuhan hamba dan hamba bermohon berkuasa membuat dengan qudrat Tuhan hamba dan hamba bermohon ke hadhrat Tuhan hamba dari kelebihan Tuhan hamba yang amat besar kerana Tuhan hamba berkuasa dan hamba tidak berkuasa dan Tuhan hamba mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib. Allah huma ya Allah, kiranya Tuhan hamba mengetahui bahawa perkara ini baik kepada hamba pada agama hamba, pada dunia hamba, pada kehidupan hamba dan pada kesudahan pekerjaan hamba sama ada bangunnya dan lambatnya. maka hamba bermohon takdirkan dia kepada hamba dan mudahkan dia kepada hamba kemudian mohon berkatkan hamba padanya ya Tuhan yang maha murah. Dan jika Tuhan hamba mengetahui bahawa perkara ini jahat dan buruk kepada hamba pada agama hamba dan dunia hamba dan kehidupan hamba dan kesudahan perkara hamba sama ada bangunnya. dan lambatnya maka mohon palingkan hamba daripadanya dan takdirkan bagi hamba kebajikkan di mana‑mana ada kebajikkan itu kemudian mohon Tuhan hamba redhakan hamba padanya. Ya Allah yang maha murah.

6. Orang yang sembahyang Istikharah lepas berdoa itu ia menamakan atau membutirkan hajatnya atau perkara yang dihajatnya dalam bahasaang ia ketahui.

7. Bagus dikerjakan sembahyang Istikharah itu diwaktu malam lepas Isyak waktu badan atau perut lega dari makanan yang dimakan dan boleh juga dibuat pada siang hari atau lain-lain masa sebelum malam.

8. Dimulakan doanya dengan الحمدلله رب العالمين dan salawat kemudian doa itu dengan salawat dan الحمدلله.

9. Lepas berdoa itu dia dalam keadaan berharap-harap dan takutkan Allah jika lapang dadanya bagi membuat perkara itu maka dia buatlah dan jika lapang dadanya bagi tidak dibuat perkara itu maka dia tinggalkanlah dan jika tidak lapang dadanya bagi membuat dan tidak membuat maka ia ulangkan sembahyang Istikharah itu sehingga lapang dadanya pada sesuatu.

10. Inilah sembahyang Istikharah cara syara’.

وَاللهُ اَعْلَمْ بِالصَّوَابِ

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam. FP UAI Original

Bagaimana Cara Solat Istikharah? – Ustaz Azhar Idrus

error: Content is protected !!