Benarkah Hadith Mengenai Bersalaman Mampu Menghapuskan Dosa

Benarkah Hadith Mengenai Bersalaman Mampu Menghapuskan Dosa

13 views

Benarkah Hadith Mengenai Bersalaman Mampu Menghapuskan Dosa

Benarkah seorang yang berkata hadith besalaman tangan dapat menghapuskan dosa itu adalah palsu?

Jawab :

Hadith Pertama

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا

Ertinya : Dari Al-Barra’ bin ‘Azib r.a. beliau berkata : “Rasulullah saw telah bersabda : Tidaklah dua orang Muslim berjumpa kemudian mereka bedua saling berjabat tangan kecuali diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah.” (Hadith Hasan Riwayat Abu Daud & Tirmizi)

Hadith Kedua :

Dari Hudzaifah r.a. beliau berkata : Rasulullah saw telah bersabda :

إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا لَقِيَ الْمُؤْمِنَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ وَ أَخَذَ بِيَدِهِ فَصَافَحَهُ تَنَاثَرَتْ خَطَايَاهُمَا كَمَا يَتَنَاثَرُ وَرَقُ الشَّجَرِ

Eartinya : “Sesungguhnya orang mukmin itu apabila berjumpa dengan orang mukmin yang lain lalu ia mengucapkan salam kepadanya kemudian memegang tangannya dan berjabat salam maka jatuh berguguran dosa-dosa mereka sebagaimana berguguran dedaunan dari pepohonan.” (Hadith Sahih Riwayat At-Thabarani)

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Kesimpulan Mengenai Persoalan Benarkah Hadith Mengenai Bersalaman Mampu Menghapuskan Dosa

  • Hadith yang menyatakan berjabat salam itu menggugurkan dosa adalah sahih.
  • Amalkan berjabat salam bila sahaja berpeluang kerana dosa-dosa kita akan terhapus.
  • Sunat berjabat salam di mana sahaja kita berjumpa dengan saudara seagama dengan kita.
  • Orang yang berkata hadith bersalaman menggugurkan dosa itu adalah palsu adalah orang jahil dan dan agama melarang kita mengambil perkataan dari orang jahil.

wallahua’lam. FP UAI Original

Ceramah Singkat : Dengan Bersalaman Dosa Berguguran – Ustadz Dr. Firanda Andirja, MA.