Benarkah Pandangan Agama Adalah Hak Individu

16 views

Soal :

Seorang kawan saya berkata bahawa agama adalah hak individu. Agama hanyalah hak keluarga. Agama tidak bolih dipaksakan kepada orang lain. Tidak ada pengertian negara Islam. Islam hanyalah pada diri seseorang sahaja. Untuk makluman ustaz kawan saya ini perempuan dan tidak memakai tudung.

Jawab :

Pandangan tersebut adalah pandangan seorang yang tersangat jahil tentang agama. Arti agama ialah peraturan hidup. Jadi dalam kehidupan seharian siapa yang mengaku beragama Islam maka wajib mentaati segala peraturan yang ditetapkan olih agama.

Sama bandingannya seorang pelajar sekolah. Apabila masuk ke kawasan sekolah maka pelajar tersebut wajib mematuhi semua peraturan sekolah. Seorang pelajar yang tidak mengikut peraturan sekolah tidak bolih berkata kepada para guru dan pihak sekolah yang menegurnya bahawa dia bebas samada mahu ikut peraturan sekolah atau tidak. Pasti guru-guru dan pihak sekolah akan menghantar pelajar tersebut ke hospital untuk di periksa otaknya.

Di kilang, pejabat dan dimana sahaja sudah mesti ada peraturan dan sudah mesti tidak ada orang yang bolih bebas dari peraturan yang dikenakan.

Maka begitulah agama Islam. Ia ada peraturan hidup dimana sahaja seorang Islam itu berada dan jika dia melanggar peraturan agama maka dia berhak dimarahi dan ditegur atau dikenakan hukuman.

Firman Allah :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Artinya : “Wahai Nabi. Hendaklah kamu perintahkan isteri-isterimu dan segala anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka memakai jilbab dari atas kepala mereka. Yang demikian itu supaya lebih mudah dikenali (dari perempuan-perempuan kafir) dan tidak diganggu.” (Al-Ahzab : 59)

Dalam ayat ini jelas di wajibkan menyuruh orang lain mematuhi perintah agama yaitu menutup aurat. Bukan sekadar untuk amalan sendiri. Kalau tidak wajib menyuruh orang lain mengikut peraturan maka tidaklah Allah menyuruh supaya diperintah perempuan-perempuan beriman supaya menutup aurat. Cukuplah dengan isteri dan anak sendiri sahaja.

Rasulullah saw menyuruh siapa yang melihat peraturan agama dilanggar maka wajib melarang dan mencegah atau menentang dalam hadith :

من رأى منكرًا فليغيره بيده

Artinya : “Siapa sahaja yang melihat kemunkaran maka wajib di larang atau cegah.” (Hadith Muslim)

Kesimpulan :

– Faham yang menyatakan agama adalah hak individu dan orang lain tidak bolih menegur orang lain adalah faham liberal yang bukan dari agama Islam.

– Agama bukan sahaja di rumah tetapi dimana sahaja bumi Allah yang kita pijak maka wajib kita mentaati perintah agama.

– Siapa yang melanggar peraturan agama maka dia bolih di tegur dan dihukum.

– Perempuan yang tidak memakai tudung sehingga dilihat auratnya olih bukan mahram maka perempuan ini berdosa dan sentiasalah dia ditulis melakukan dosa selama mana dia berada di luar rumah dan mendapat nama perempuan yang fasiq artinya perempuan yang tidak mahu taat pada perintah Allah.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam. FP UAI Original

Liberal angkat hak individu mengatasi agama dan kuasa kerajaan