Benarkah Pilihan Raya Merupakan Satu Bentuk Perjudian?

Benarkah Pilihan Raya Merupakan Satu Bentuk Perjudian

Soal :

Adakah benar perkataan yang mengatakan pilihanraya adalah haram kerana ia adalah judi?

Jawab :

Sebelum mengetahui jawapan persoalan ini perlu diketahui apakah ta’rif judi disisi syarak.

Berkata Syeikh Mahalli :

صُورَةُ الْقِمَارِ الْمُحَرَّمِ التَّرَدُّدُ بَيْنَ أَنْ يَغْنَمَ وَأَنْ يَغْرَمَ

Artinya : Judi ialah satu bentuk taruhan yang diharamkan yang terdapat kemungkinan mendapatkan untung atau rugi.”(Kitab Hâsyiyah al-Qalyubi)

Maksudnya dua orang yang bertaruh atau lebih dengan meletakkan sejumlah harta kemudian yang bernasib baik akan mengambil harta orang yang kalah manakala yang kalah akan kehilangan hartanya diambil olih yang menang.

Oleh itu wang deposit yang diletakkan oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya bukan wang pertaruhan judi kerana :

1. Wang deposit tersebut akan dikembalikan kepada calon yang bertanding.

2. Calon yang menang dalam pertandingan tidak mendapat hadiah wang deposit tersebut.

3. Pertandingan seperti ini diharuskan oleh ulama-ulama yang muktabar dan telah difatwakan sebagai bukan judi.

Antara ulamak yang mengharuskan pilihanraya ialah :

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

  • As-Syeikh Abdul ‘Ala Al-Maududi
  • Imam As-Syahid Hassan Al-Banna
  • Syeikh Muhamad Abu Zuhrah
  • Syeikh Abdul Qadir Audah
  • Syeikh Faisol Maulawy
  • Syeikh Dr Yusuf Qardawi
  • Syeikh Nasr Farid Wasil
  • Syeikh Abdul Karim Zaidan
  • Syeikh Toha Jabir Al-Wani
  • Dr Solah Sawi.

Wallahua’lam. FP UAI Original

Wang Pertaruhan Calon Pilihanraya Adakah Satu Perjudian? – Ustaz Azhar Idrus

error: Content is protected !!