Beza Antara Mati Syahid & Mati Katak

Beza Antara Mati Syahid & Mati Katak

Mati syahid artinya mati dalam perjuangan menegakkan agama.

Rasulullah saw bersabda :

من قتل في سبيل الله فهو شهيد ومن مات في سبيل الله فهو شهيد

Artinya : “Siapa yang terbunuh pada jalan Allah maka dia mati syahid dan siapa yang mati ketika berjuang pada jalan Allah maka dia mati syahid.” (Hadith Muslim)

Dan tempat kembali bagi orang yang mati syahid ialah syurga.

Diriwayatkan dari Miqdam bin Ma’dikarib r.a. Rasulullah saw bersabda :

لِلشَّهِيْدِ عِنْدَ اللهِ سِتُّ خِصَالٍ: يُغْفَرُ لَهُ فِي أَوَّلِ دَفْعَةٍ مِنْ دَمِهِ، وَيُرَى مَقْعَدُهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَيُجَارُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَيَأْمَنُ الْفَزَعَ الْأَكْبَرَ، وَيُحَلَّى حِلْيَةَ الْإِيْمَانِ، وَيُزَوَّجُ مِنَ الْحُوْرِ الْعِيْنِ، وَيُشَفَّعُ فِي سَبْعِيْنَ إِنْسَانًا مِنْ أَقَارِبِهِ

Artinya : “Bagi yang mati syahid disisi Allah ada disediakan enam kelebihan. Pertama : Diampunkan baginya olih Allah pada ketika mula darahnya mengalir. Kedua : Ditunjukkan kepadanya tempat duduknya di dalam syurga. Ketiga : Dipelihara akan dia dari azab kubur. Keempat : Terlepas dia dari ketakutan hari kiamat. Kelima : Dihiaskan dia dengan perhiasan iman. Keenam : Diberi kebenaran mensyafaat tujuh puluh orang dari kaum keluarganya.” (Hadith Tirmizi & Ibnu Majah)

Manakala mati katak artinya mati sia-sia kerana perjuangan yang batil seperti golongan yang berjuang bukan kerana menegakkan Islam.

Diriwayatkan dari Jundab bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

مَنْ قُتِلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَدْعُو عَصَبِيَّةً أَوْ يَنْصُرُ عَصَبِيَّةً فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ

Artinya : “Sesiapa yang mati dalam perjuangan kerana kejahilan atau atas dasar menolong keluarganya maka matinya adalah sia-sia.” (Hadith Muslim)

Dan tempat kembali orang yang mati sia-sia ini adalah neraka.

Firman Allah :

وَالَّذِينَ يُحَاجُّونَ فِي اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مَا اسْتُجِيبَ لَهُ حُجَّتُهُمْ دَاحِضَةٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ

Artinya : “Dan golongan yang membantah hukum Allah selepas Islam itu diterima maka kerja mereka adalah sia-sia di sisi Allah. Atas mereka nanti murka Allah dan bagi mereka azab neraka yang sangat pedih.” (As-Suura : 16)

Kesimpulan :

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

  • Siapa yang mati kerana mempertahankan Islam maka matinya adalah syahid.
  • Siapa yang mati kerana mentang Islam maka matinya adalah sia-sia yang disebut sebagai mati katak.

Wallahua’lam. FP UAI Original

Ustaz Azhar Idrus – Perbezaan Mati Syahid

error: Content is protected !!