Ciri-ciri Orang Yang Di Senangi Allah

Ciri-ciri Orang Yang Di Senangi Allah

Rasulullah saw bersabda :

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

أحبُّ الناسِ إلى اللهِ تعالى أنفعُهم للناسِ وأحبُّ الأعمالِ إلى اللهِ عزَّ وجلَّ سرورٌ يُدخلُه على مسلمٍ أو يكشفُ عنه كُربةً أو يقضي عنه دَينًا أو يطردُ عنه جوعًا ولأن أمشيَ مع أخٍ في حاجةٍ أحبُّ إليَّ من أن أعتكفَ في هذا المسجدِ شهرًا ومن كفَّ غضبَه ستر اللهُ عورتَه ومن كظم غيظَه ولو شاء أن يمضيَه أمضاه ملأ اللهُ قلبَه رجاءَ يومِ القيامةِ ومن مشى مع أخيه في حاجةٍ حتى تتهيأَ له أثبت اللهُ قدمَه يومَ تزولُ الأقدامُ

artinya :

“Yang paling dikasihi olih Allah Taala ialah orang yang memberi menafaat kepada orang lain.
Dan amal yang paling dikasihi Allah pula ialah menggembirakan hati orang lain atau melepaskannya dari kesusahan atau membayarkan hutangnya atau kamu hilangkan kelaparannya.

Dan bahawasanya berjalan bersama saudaranya untuk memenuhi keperluannya itu lebih aku kasih dari dari bahawa aku iktikaf di dalam Masjid ku ini selama sebulan.

Barangsiapa menahan kemarahannya maka Allah akan menutup keaibannya.
Dan barangsiapa menahan rasa geram pada hatinya pada hal dia mampu meluahkannya jika dia kehendaki maka Allah akan penuhkan hatinya harapan di hari akhirat nanti.

Barangsiapa berjalan bersama saudaranya pada menyelesaikan urusan saudaranya itu maka Allah akan tetapkan dua kakinya pada hari di mana ramai orang yang tergelincir di hari kiamat nanti.”

Hadith riwayat At-Thabarni

Wallahua’lam. FP UAI Original.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Ciri Orang Yang Allah Kasih

error: Content is protected !!