Dahulukan Taat Pada Suami atau Pada Ibu?

Dahulukan Taat Pada Suami atau Pada Ibu?
Soal :

Apa yang patut didulukan olih seorang isteri apabila ibunya selalu mengajarnya supaya derhaka kepada suaminya seperti menyuruh keluar rumah dan menyuruhnya membantah cakap suami?

Jawab :

Seorang isteri wajib taat kepada suaminya lebih dari orang lain sekalipun ibu bapanya sendiri. Isteri yang tidak taat kepada suaminya adalah isteri yang derhaka dan berdosa.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ المَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا

Artinya : “Jikalau aku bolih menyuruh seseorang sujud kepada seseorang nescaya telah aku suruh para isteri bahawa sujud mereka bagi suaminya.” (Hadith Tirmizi)

Tetapi ketaatan kepada suami hanyalah kepad perkara-perkara yang bukan dosa dan munkar. Jika suami menyuruh isteri melakukan suatu yang haram maka isteri tidak bolih mentaati perintah suami tersebut.

Rasulullah saw bersabda :

لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق

Artinya : “Tidak harus taat kepada makhluk perintah yang derhaka kepada Allah.” (Hadith Muslim)

Hasilnya haram isteri taat pada perintah ibunya yang menyuruh ia derhaka kepada suaminya. Jika dituruti juga perintah ibunya itu maka berdosalah ia.

Haram isteri keluar rumah sesuka hati apa lagi jika telah dilarang olih suaminya sekalipun pergi ke masjid.

Membantah cakap suami juga merupakan satu dosa. Hendaklah isteri taat segala perintah dan cakap suaminya dalam keadaan suka atau pun tidak.

Isteri wajib menjaga lidahnya dari menyakiti hati suami dan dari melakukan apa sahaja perbuatan yang suaminya tidak menyukai.

Ketaatan wajib diletakkan lebih tinggi kepada suami daripada orang lain sekalipun suaminya orang yang miskin atau buruk rupanya dan dalam masa yang sama wajib pula ia menghurmati dan kasih sayang terhadap ibu bapanya sekalipun ia telah bergelar isteri.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam. FP UAI Original

Ustaz Azhar Idrus – Taat Suami Atau Taat Ibubapa

error: Content is protected !!