Doa Antara Dua Khutbah Jumaat

Doa Antara Dua Khutbah Jumaat

147 views

Doa Antara Dua Khutbah Jumaat

Doa adalah senjata orang-orang beriman dan doa juga adalah ibadah. Syarak menggalakkan kita berdoa di mana sahaja dan bila sahaja selama tidak ada nas yang melarangnya. Lebih kuat tuntutan berdoa itu pada waktu mustajab yaitu waktu yang diperkenankan doa.

Antara waktu mustajab ialah waktu antara dua khutbah ketika khatib selesai dari khutbah yang pertama.

Dari Abi Burdah bin Abu Musa Al-Asyari r.a. dia bercerita bahawa Abdullah bin Umar r.a. berkata padanya : “Adakah kamu ada mendengar ayahmu menyampaikan hadith dari Rasulullah berkenaan waktu mustajab doa pada hari Jumaat?” Maka Abu Burdah berkata : “Ya! Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :

هِيَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الْإِمَامُ إِلَى أَنْ تُقْضَى الصَّلَاةُ

Artinya :“Waktunya ialah di antara duduknya imam sampai selesainya solat.” (Hadith Muslim)

Olih kerana itu adalah sangat afdhal berdoa ketika khatib duduk antara dua khutbah kerana ia termasuk waktu mustajab doa.

Para jemaah sayugianya tidak melepaskan kesempatan ini untuk berdoa meminta kebaikkan dari Allah.

Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami berkata :

ويؤخذ مما ذكر عن القاضي : أن السنة للحاضرين الاشتغال وقت هذه الجلسة بالدعاء ، لما تقرر أنه مستجاب حينئذ

Artinya : “Dan diambil dari perkataan Qadhi Husein tersebut bahawa disunatkan sekelian jemaah yang hadir menyibukkan diri dengan berdoa pada pada waktu khatib duduk itu kerana waktu tersebut sangat diperkenankan doa.”

Tidak ada sebarang doa khusus yang mesti dibaca ketika itu. Terpulang kepada yang mahu berdoa untuk berdoa apa sahaja dan jika dia mulakan doa dengan berselawat terlebih dahulu maka tidak mengapa.

Berkenaan menadah tangan waktu berdoa antara dua khutbah itu ulama berseslisih pendapat. Ada ulama yang mengatakan disunatkan dan ada yang mengatakan tidak disunatkan. Maka terpulang kepada yang berdoa untuk menadah tangan atau tidak.

Ulama yang mengatakan sunat menadah tangan menqiaskan dengan perbuatan Nabi saw pada waktu berdoa di waktu lain manakala ulama yang mengatakan tidak sunat menadah tangan bersandar kepada tidak datang hadith meriwayatkannya.

Kedua-dua pendapat ini ada betulnya disisi masing-masing. Yang tak betul ialah orang yang mewajibkan tadah tangan dan yang mengharamkan tadah tangan.

Dan jika seorang sahaja yang berdoa ketika khatib duduk antara dua khutbah itu manakala para jemaah mengaminkannya maka hukumnya adalah harus dan harus juga jemaah membaca doanya sendiri.

Siapa sahaja yang berdoa pada ketika itu samada berdoa sendirian atau berjemaah dan samada menadah tangan atau tidak maka dia telah mendapat kelebihan berdoa dan Allah akan menerima doanya itu insyaAllah.

Daripada Abu hurairah r.a. katanya rasulullah saw bersabda :

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

Artinya : “Sungguhnya pada hari jumaat ada satu waktu yang tidaklah seorang Islam bersembahyang dan berdoa memohon kebaikkan daripada Allah melainkan akan dimakbulkan doanya itu.” (Hadith Muslim)

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Kesimpulan Mengenai Doa Antara Dua Khutbah Jumaat

  • Doa adalah ibadah yang sangat digalakkan olih syarak.
  • Doa pada waktu mustajab lebih diharap akan makbulnya.
  • Doa ketika khatib duduk antara dua khutbah adalah sunat hukumnya.
  • Harus berdoa waktu khatib duduk itu dengan sendirian atau dengan berjemaah.
  • Harus berselawat dahulu sebelum berdoa.
  • Harus jemaah menadah tangan ketika beroda pada waktu tersebut.
  • Tiada seorang ulamak muktabar yang mewajibkan menadah tangan pada ketika itu dan tidak ada pula yang
    mengharamkannya.
  • Perkataan mereka yang berkata haram berdoa dengan mengankat tangan ketika itu samada sendirian atau berjemaah tidak bolih di ambil kira kerana ia terbit dari orang yang sangat jahil.

Wallahua’lam. FP UAI Original.

Ustaz Azhar Idrus – Berdoa Ketika Di Antara Dua Khutbah