Doa Yg Di Pesan Olih Nabi Kepada Mu’az

Doa yang di Pesan Oleh Nabi Kepada Mu’az

66 views

Doa Yg Di Pesan Olih Nabi Kepada Mu’az

عن معاذ بن جبل ان النبي صلى الله عليه و سلم قال له يا معاذ اني والله لاحبك فلا تدع دبر كل صلاة ان تقول اَللّهمَّ اَعِنِّيْ عَلىَ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ أَخْرَجَهُ أَبُو داود

Artinya “Daripada Mu’az bin Jabal r.a. bahwasanya Nabi saw telah bersabda kepadanya : “Wahai Mu’az, sungguh aku benar-benar kasih akan kamu. Maka jangan sekali2 kamu tinggalkan pada setiap selesai solat untuk berkata : “Ya Allah, tolonglah aku untuk berzikir kepada Mu, bersyukur dan beribadah dengan elok kepada Mu.”

Keterangan Mengenai Doa yang di Pesan Oleh Nabi Kepada Mu’az

– Hendaklah kita amalkan berdoa setiap kali selesai sembahyang wajib atau sunat.

– Antara doa yang sangat elok dibaca selepas solat ialah :

اَللّهمَّ اَعِنِّيْ عَلىَ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

– Sebarang doa dibolihkan asalkan meminta yang baik samada doa yang diamalkan atau disuruh olih Rasulullah saw atau doa yang dibaca olih sahabat atau para salafusolih atau ulama atau doa yang kita susun sendiri.

– Doa yang diamalkan atau disuruh olih Rasulullah saw adalah yang paling afdhal.

– Jika tidak sempat berdoa di tempat kita solat kerana ada sesuatu kerja , bolih berdoa sambil berjalan atau berkenderaan.

Wallahua’lam. FP UAI Original

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Pesan Nabi Kepada Mu’adz Bin Jabal – Ustadz Muhammad Qosim, Lc