Erti Mukjizat dan Antara Mukjizat yang diceritakan dalam Al-Quran

Erti Mukjizat dan Antara Mukjizat yang diceritakan dalam Al-Quran

Mukjizat artinya sesuatu yang luar dari kebiasaan atau disebut juga perkara yang mencarik adat yang hanya berlaku kepada seorang Nabi atau Rasul.

Mukjizat adalah tanda kebenaran seorang Nabi atau Rasul itu diutuskan olih Allah. Ia berasal dari perkataan arab ‘al-i’jaz’ yang bermaksud melemahkan atau mengalahkan. Maka apabila seorang Nabi atau Rasul menunjukkan mukjizatnya maka lemahlah musuh yang terdiri dari penentang untuk menandinginya dan kalah mereka itu.

Jika perkara yang berlaku di kalangan Nabi atau Rasul itu tidak di luar kebiasaan seperti seorang Nabi menunggang kuda atau Rasul melepaskan anak panah maka tidak dikatakan mukjizat kerana dapat juga dilakukan olih orang biasa yang bukan Nabi atau Rasul.

Di dalam Al-Quran muzkjizat disebut dengan ‘Ayat’ dan disebut juga sebagai ‘Burhan’.

Firman Allah :

إِنْ نَشَأْ نُنَزِّلْ عَلَيْهِمْ مِنَ السَّمَاءِ آيَةً فَظَلَّتْ أَعْنَاقُهُمْ لَهَا خَاضِعِينَ

Artinya : “Jika Kami kehendaki mescaya Kami turunkan ke ats mereka itu dari langit akan mukjizat. Maka terkulailah mereka itu menundukkan kepala.” (As-Syu’ara : 4)

Hukum mempercayai mukjizat para Nabi dan para Rasul adalah wajib dan ia termasuk dalam beriman dengan Allah, Kitab-Kitab dan para Rasul. Orang Islam yang tidak percaya kepada berlakunya mukjizat adalah menjadi kafir kerana dia telah kufur kepada Allah, Kitab-Kitab dan para Rasul.

Adalah berlaku semua mukjizat itu dengan kehendak Allah dan dengan kekuasaan Allah sendiri kerana membenarkan dan memuliakan para Rasulnya.

Firman Allah :

لِرَسُولٍ أَنْ يَأْتِيَ بِآيَةٍ إِلا بِإِذْنِ اللَّهِ لِكُلِّ أَجَلٍ كِتَابٌ وَمَا كَانَ

artinya : Dan tidak adalah bagi Rasul itu bahawa mendatangkan dengan satu mukjizat melainkan dengan izin Allah.” (Ar-Ra’du : 38)

Tidak semua mukzjizat yang berlaku kepada Nabi atau Rasul itu disebut di dalam Quran atau Hadith. Hanya sebilangan sahaja ada diceritakan di dalam Quran dan Hadith.

Maka wajib kita percaya dengan yakin semua mukjizat yang diceritakan di dalam Quran dan Hadith dan juga semua mukjizat yang berlaku tetapi tidak diceritakan di dalam Quran mahu pun hadith.

Di antara mukjizat yang ada diceritakan olih Al-Quran ialah :

1. Keluar unta dari celah batu milik Nabi Solih a.s. ketika menghadapi kaum Tsamud yang engkar kepada risalahnya. Adalah diluar kebiasaan seekor unta bolih keluar dari celah batu-batu yang sempit.

Firman Allah :

وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ قَدْ جَاءَتْكُمْ بَيِّنَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ هَذِهِ نَاقَةُ اللَّهِ لَكُمْ آيَةً فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللَّهِ وَلا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Artinya: “Dan Kami utuskan kepada kaum Tsamud saudara mereka akan Nabi Solih. Berkata Nabi Solih : Wahai kaumku! Sembahlah kamu semua akan Allah. Tidak ada tuhan yang lain selain Allah. Sungguh telah datang akan kamu sekelian keterangan dari Tuhan kamu. Inilah unta betina ciptaan Allah ini sebagai mukjizat. Maka biarkan ia makan di bumi Allah dan jangan kamu ganggu unta ini nanti Allah akan mengazab kamu sekelian dengan azab yang sangat pedih. “ (Al-A’raf : 73)

2. Nabi Ibrahim a.s. tidak hangus dibakar olih Raja Namrud. Kebiasaannya sesuatu yang dibakar olih api akan hangus sekalipun api yang kecil. Tetapi Nabi Ibrahim a.s. diberikan mukjizat olih Allah tidak hangus sekalipun dibakar olih Raja Namrud di dalam api yang sangat besar. Baginda keluar dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dari nyalaan api yang dilihat sendiri olih Namrud dan segala rakyat jelata.

Firman Allah

قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلامًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ

Artinya : “Kami berfirman : Wahai api. Jadilah kamu sejuk dan selamat ke atas Nabi Ibrahim.” ( Al-Anbiyak : 69)

3. Nabi Musa a.s. membelah laut Merah dengan tongkatnya ketika dikejar olih Firaun dan bala tenteranya.

Firman Allah :

فَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَىٰ أَنِ اضْرِبْ بِعَصَاكَ الْبَحْرَ ۖ فَانْفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَالطَّوْدِ الْعَظِيمِ

Artinya : “Maka Kami wahyukan kepada Musa : Pukullah dengan tongkatmu akan laut itu. Maka terbelahlah laut maka adalah pada setiap belahan laut itu seperti gunung yang sangat tinggi.” (As-Syu’ara : 63)

4. Rasulullah saw dibawa naik ke langit dalam persitiwa Israk Mikraj sehinggal sampai ke tempat yang lebih tinggi dari langit yang ke tujuh dan sampai ke syurga.

Firman Allah :

عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى (١٤) عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى (١٥) إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى (١٦) مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَى (١٧) لَقَدْ رَأَى مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَى (١٨)

Artinya : “Sampai di sisi Sidratul Muntaha. Berhampirannya ada syurga Ma’wa. Ketika di Sidartul Muntaha dia diliputi olih suatu yang meliputi. Penglihatannya tidak berpaling dan tidak pula melampau. Sungguh Nabi telah melihat dari tanda kerajaan Allah yang amat besar.” ( An-Najm :14-18)

Dan didalam hadith lebih banyak mukjizat para Nabi dan Rasul diceritakan yang antaranya :

Rasulullah saw menyuruh gunung Uhud yang bergegar supaya diam ketika Rasulullah saw memanjat ke puncaknya bersama Abu Bakar, Umar dan Uthman r.a. maka diam gunung tersebut dengan sabdanya :

اسْكُنْ أُحُدُ، مَا عَلَيْكَ إِلا نَبِيٌّ، وَصِدِّيقٌ، وَشَهِيدَانِ

Artinya : “Diamlah engkau wahau Uhud. Tiadalah di atas engkau ini melainkan seorang Nabi dan Abu Bakar dan dua orang syahid. “ (Hadith Bukhari)

Gunung Uhud yang sedang bergegar itu berhenti bergegar dan ramalan Nabi saw bahawa Umar dan Uthman r.a. akan syahid juga belaku sungguh tidak lama selepas kewafatan Rasulullah saw.

Dan banyak lagi kejadian mukjizat yang benar belaku yang diceritakan di dalam Quran dan Hadith.

Akhir sekali sangat perlu di ketahui bahawa kisah mukjizat yang berlaku pada para Nabi dan Rasul ini bukan setakat untuk diceritakan atau setakat diyakini tetapi wajiblah diamalkan olih orang yang beriman.

Mukjizat mengajar kita bahawa pemimpin yang paling tinggi pangkatnya adalah para Nabi dan Nabi yang paling muktamad syariatnya adalah Nabi Muhammad saw. Maka wajib mentaati dan mematuhi semua perintah Nabi saw dalam semua hal kehidupan.

Sebutlah apa sahaja pangkat, kuasa dan kedudukan pemimpin dunia samada dia seorang maharaja, sultan, presiden, perdana menteri, menteri besar, ketua menteri dan lainnya dairpada ketua kerajaan maka pangkat, kuasa dan perintah Nabi saw adalah yang paling tinggi dan paling dulu diutamakan.

Orang yang meletakkan kedudukkan arahan atau perintah kerajaan atau pemimpin negara lebih utama dari perintah dan arahan Nabi saw adalah berdosa dan zalim lagi fasiq. Jika dia menganggap Nabi lebih rendah kedudukkannya dari ketua kerajaan atau seorang raja maka dia telah menjadi kafir.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Semuga sedikit keterangan tentang pengertian mukjizat ini dapat menambah iman dan cinta kita kepada Rasulullah saw.

Sekian. Wallahua’lam. FP UAI Original

Ust Azhar Idrus- [ Mukjizat & Karamah ] Israk Mikraj

error: Content is protected !!