Fatwa : Apa Hukum Tinggal Sembahyang Fardhu Bertahun-Tahun

Tinggal Sembahyang Fardhu Bertahun-Tahun

Soal :

Bagaimana caranya mengqadha solat fardhu yang seseorang telah tinggal berpuluh tahun lalu?

Jawab :

Wajib atas orang Islam pada keadaan seperti ini bahawa dia qadha semua sembahyang yang ditinggalknnya. Caranya ialah bila masuk waktu sembahyang, dia kerjakan sembahyang fardhu yang tunai dan yang qadha kerana sabda Nabi saw :

إِذَا رَقَدَ أَحَدُكُمْ عَنِ الصَّلَاةِ، أَوْ غَفَلَ عَنْهَا، فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا

artinya : “Apabila tertidur seorang kamu dari satu sembahyang atau lupa ia maka hendaklah dia kerjakan apabila dia sudah ingat.” (Hadith Muslim)

Dan Allah swt berfirman :

أَقِمِ الصَّلَاةِ لِذِكْرِي

artinya : “Dan dirikanlah sembahyang supaya ingat akan daku.” (Taha : 14)

Sumber :

ما حكم الذي يواظب على صلاة الفرائض والسنة على قدر استطاعته، إلا أنه قد فاته كثير جدًّا من الصلوات والفرائض لمدة تكاد تصل إلى عشر سنين؟

الجواب : فضيلة الأستاذ الدكتور علي جمعة محمد
يجب على المسلم في هذه الحالة أن يقضي ما فاته من الصلوات المفروضة؛ وذلك بأن يصلي مع كل فريضةٍ حاضرةٍ فريضةً مما فاتته؛ لقول النبي صلى الله عليه وآله وسلم: «إِذَا رَقَدَ -نام- أَحَدُكُمْ عَنِ الصَّلَاةِ، أَوْ غَفَلَ عَنْهَا، فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا، فَإِنَّ اللهَ يَقُولُ: ﴿أَقِمِ الصَّلَاةِ لِذِكْرِي﴾ [طه: 14]» رواه مسلم.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

FP UAI Original

Ustaz Azhar Idrus – Qada Solat Fardhu Yang Lama Ditinggalkan

error: Content is protected !!