Fatwa : Hukum Bacaan Al-Quran Sebelum Solat Jumaat

Fatwa : Hukum Bacaan Al-Quran Sebelum Solat JumaatFatwa Mufti Negeri Mesir

Soal :

Apakah hukum bacaan surah dari Al-Quran pada hari jumaat pada tiap-tiap minggu sebelum solat jumaat dan khutbah? Apakah perbuatan ini harus atau tidak?

Jawab :

Tiada menjadi kesalahan membaca Al-Quran pada masjid-masjid pada hari jumaat sebelum solat jumaat. Maka ini adalah perkara yang elok yang menghimpunkan manusia atas kitab Allah dan persediaan mereka bagi menunaikan syiar hari jumaat. Dan kerana datangnya perintah dengan membaca Al-Quran dan mendengarnya secara mutlak.

Maka Allah berfirman :

فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ

artinya : “Maka bacalah kamu akan apa yang mudah daripada Al-Quran.” (Al-Muzammil : 20)

Dan Rasulullah saw telah bersabda :

مَن اسْتَمَعَ إِلَى آيَةٍ مِن كِتَابِ اللهِ كُتبَت لَهُ حَسَنةٌ مُضَاعَفَةٌ، وَمَن تَلَا آيَةً مِن كِتَابِ اللهِ كَانَت لَهُ نُورًا يَومَ الْقِيامَةِ

artinya : “Barangsiapa menuntut dengar kepada satu ayat dari kitab Allah maka ditulis baginya pahala yang berlipat ganda. Dan barangsiapa membaca satu ayat dari kitab Allah maka adalah baginya cahaya pada hari kiamat.” (Hadith Ahmad)

Wallahua’lam

sumber :

قراءة القرآن قبل الجمعة
الرقم المسلسل : 247
التاريخ : 17/10/2004

ما حكم قراءة سورة من القرآن الكريم يوم الجمعة من كل أسبوع قبل صلاة الجمعة والخطبة، هل هذا الفعل جائز أم لا؟

الجواب : فضيلة الأستاذ الدكتور علي جمعة محمد
لا حرج في قراءة القرآن في المساجد يوم الجمعة قبل الجمعة، فهذا أمرٌ حسنٌ يجمع الناس على كتاب الله تعالى ويهيئهم لأداء شعائر الجمعة، ولورود الأمر بقراءة القرآن والاستماع إليه مطلقًا؛ فقال تعالى: ﴿فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ﴾ [المزمل: 20]، وقال صلى الله عليه وآله وسلم: «مَن اسْتَمَعَ إِلَى آيَةٍ مِن كِتَابِ اللهِ كُتبَت لَهُ حَسَنةٌ مُضَاعَفَةٌ، وَمَن تَلَا آيَةً مِن كِتَابِ اللهِ كَانَت لَهُ نُورًا يَومَ الْقِيامَةِ» رواه أحمد.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

FP UAI Original.

Ust Azhar Idrus- Solat Sunat Jumaat / Mengajar Ringkas

error: Content is protected !!