Fatwa : Hukum Jual Pakaian Dedah Aurat

Fatwa Hukum Jual Pakaian Dedah AuratSyeikh Ali Jum’ah menyebut dalam fatwanya : :

من المقرر شرعا أن السلعة إذا كانت صالحة للاستعمال على الوجهين: وجه الحل ووجه الحرمة، فإن الإثم في استعمالها على جهة الحرام إنما يلحق مستعملها وحده، وليس على الصانع ولا على البائع في ذلك من حرج، وليس أصحاب هذه المحلات بمكلفين أن يسألوا كل امرأة عن خروجها محجبة أو غير محجبة؛ حيث إنه يمكن للمرأة أن تلبس هذه الملابس في بيتها أو تحت عباءتها، وعليه فلا حرمة في بيعها ولا في التعامل مع من يبيعها

maksudnya : “Diantara yang ditetapkan disisi agama bahawasanya barangan yang mengandung dua sisi hukum yaitu halal dan haram maka dosa dari penggunaan barang tersebut kepada yang haram adalah dibebankan kepada penggunanya sahaja bukan dibebankan pada pembuatnya atau pun penjualnya.

Tidak dibebankan kepada pemilik kedai menanyakan kepada setiap perempuan yang membeli pakaian itu apakah dia keluar rumah nanti dengan menutup aurat atau tidak.

Dari kerana mungkin dia memakai pakaian tersebut di dalam rumahnya atau dia memakainya sebagai pakaian dalam. Oleh itu tidaklah haram penjual menjual pakaian itu dan tidak salah juga berurusan dengan yang menjualnya.”

(Darul Ifta’ Mesir)

Firman Allah :

وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

artinya :“Dan janganlah kamu sekelian saling menolong dalam perbuatan dosa dan melanggar batasan Allah.” (Al Maidah: 2)

Maka jika penjual sudah tahu wanita yang membeli pakaian akan memakainya dikhalayak ramai maka haram menjual padanya kerana dikira menolong wanita itu melakukan dosa dari kerana telah berlaku ijma’ bahawa wajib menutup aurat dari pandangan manusia dan sengaja membuka aurat itu adalah haram dan berdosa.

Imam As-Syaie berkata :

أكره بيع العصير ممن يعصر الخمر

Ertinya : “Aku benci (artinya termasuk larangan syarak) penjualan anggur kepada mereka yang memerah untuk dijadikan arak” (Mukhtasar Muzani)

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Kesimpulan Mengenai Fatwa Hukum Jual Pakaian Dedah Aurat

  • Jika penjual tahu pembeli akan memakai pakaian yang menampakkan aurat itu akan dipakai di khalayak ramai maka haram menual kepadanya.
  • Jika penjual tidak tahu samada dipakai dikhalayak ramai atau tidak maka tidak haram menjualnya.
  • Yang membeli pakaian wajib mengetahui dimana harus dipakainya pakaian tersebut dan dimana haram ia memakainya.

Wallahua’lam. FP UAI Original.

Hukum Jual PAKAIAN Dedah AURAT – Ustaz Azhar Idrus

error: Content is protected !!