Fatwa Mufti Mesir : Qadha Puasa Si Mati

Fatwa Mufti Mesir : Qadha Puasa Si Mati

20 views

Fatwa Mufti Mesir : Qadha Puasa Si Mati
الرقم المسلسل : 3280

هل يجوز قضاء الصوم عن الميت؟

إذا أفطر الصائم بعذرٍ واستمر العذر إلى الموت لا يُصام عنه، ولا فدية عليه؛ لأنَّه لم يتمكَّن من فعله إلى الموت. فإن زال العذر وتمكَّن من قضاء الصوم ولم يقضه حتَّى مات فللفقهاء فيه قولان؛ الأول: أنه لا يُصام عنه بل يُطعَم عنه عن كل يوم مُدٌّ من طعام. والثاني: أنه يجوز لوليِّه أن يصوم عنه، ويجزئه ذلك عن الإطعام وتبرأ به ذمَّة الميت، ويجوز ذلك للأجنبي أيضًا بإذن وليِّ الميت، والوليُّ هنا هو هنا القريب مطلقًا.
ومن العلماء من قال: لا يُصام عن الميت إلا النذر فقط

Terjemahan

Soal :

Adakah harus qadha puasa dari si mati?

Jawab :

Apabil seseorang tidak berpuasa kerana uzur dan berkekalanlah keuzurannya sehingga mati ia maka tiada dipuasakan daripadanya dan tiada juga fidyah atasnya. Kerana si mati tidak ada peluang melakukan qadha sampai ia mati.

Maka jika hilang uzur dan berpeluang melakukan qadha tetapi tidak ia qadha akan puasanya sampai ia mati maka bagi fuqahak ada dua pendapat.

Pendapat yang pertama tidak dipuasakan daripadanya tetapi dikeluarkan fidyah daripadanya dari sehari yang ditinggalkan sebanyak secupak makanan.

Pendapat yang kedua harus bagi wali bagi simati mempuasakan daripadanya dan memadai juga dengan memberi makanan yakni fidyah dan terlepaslah dengannya tanggungan si mati. Dan harus pula orang yang bukan waris melakukannya dengan izin dari wali.

Maksud wali di sini ialah ahli keluarga yang dekat bagi si mati sahaja.

Dan setengah ulamak berkata tidak dipuasakan dari si mati melainkan puasa nazar sahaja.

Kesimpulan :

Jika simati ada meninggalkan hutang puasa yang wajib maka harus bagi waris memilih antara berpuasa sebagai qadha atau membayarkan fidyah sahaja.

Wallahua’lam. FP UAI Original

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Hutang Puasa Bagi Si Mati..Tolong Puasa Atau Bayar Fidyah – Ustaz Azhar Idrus

https://www.youtube.com/watch?v=dtYTb_KYf7c