Fatwa Mufti Mesir Tentang Menututp Kepala Dalam Solat

Fatwa Mufti Mesir Tentang Menututp Kepala Dalam Solat

Soalan : Apakah hukum bagi lelaki menutup kepala di dalam solat?

Jawab :

Disunatkan menutup kepala dalam solat bagi lelaki dengan memakai serban atau yang semakna dengannya (seperti kopiah atau selendang). Dan bagi imam terlebih lagi digalakkan memakainya. Dari kerana Rasullullah saw solat dalam keadaan menutup kepala.

Berkata Imam Nawawi pada kitab Raudhah At-Thalibin : “Disunatkan bahawa sembahyang lelaki dengan pakaian paling elok yang dia ada dan berserban.” (juz 1 m.s. 288)

Dan berkata Imam Al-Buhuty pada kitab Kasyful Qinak : “Disunatkan bagi lelaki dan imam itu lebih kuat kerana dia menjadi ikutan yang mana solat makmum bergantung dengan solatnya bahwa memakai pakaian dan penutup kepala dengan serban atau seumpamanya.”

Telah berjalan olih sebahagian ulama mazhab Hanafi makruh lelaki solat tidak menutup kepala.

Maka menutup kepala bagi lelaki dalam solat itu bukan rukun sembahyang dan sah sembahyang tanpa menutup kepala dan tetapi disunatkan menutup kepala dan mendapat pahala baginya dan tidaklah berdosa jika tidak menutupnya.

Darul Ifta’
Negeri Mesir

Rujukan :

ستر الرجل رأسه في الصلاة
الرقم المسلسل : 2826
التاريخ : 21/08/2014

ما حكم ستر الرأس للرجل فى الصلاة؟

الجواب :
يستحب ستر الرأس في الصلاة للرجل بعمامة وما في معناها، واستحباب ذلك آكد بالنسبة للإمام؛ لأنه صلى الله عليه وآله وسلم كان كذلك يصلي.
قال الإمام النووي في “روضة الطالبين” (1/ 288): [وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يُصَلِّيَ الرَّجُلُ فِي أَحْسَنِ مَا يَجِدُهُ مِنْ ثِيَابِهِ، وَيَتَعَمَّم] اهـ.
وقال العلامة البهوتي في “كشاف القناع” (1/ 266): [(وَيُسَنُّ لِرَجُلٍ وَالْإِمَامُ أَبْلَغُ) أَيْ: آكَدُ؛ لِأَنَّهُ يُقْتَدَى بِهِ، وَبَيْنَ يَدَي الْمَأْمُومِينَ، وَتَتَعَلَّقُ صَلَاتُهُمْ بِصَلَاتِهِ (أَنْ يُصَلِّيَ فِي ثَوْبَيْنِ) ذَكَرَهُ بَعْضُهُمْ إجْمَاعًا، قَالَ ابْنُ تَمِيمٍ وَغَيْرُهُ: (مَعَ سَتْرِ رَأْسِهِ) بِعِمَامَةٍ وَمَا فِي مَعْنَاهُ؛ لِأَنَّهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ كَانَ كَذَلِكَ يُصَلِّي، قَالَهُ الْمَجْدُ فِي “شَرْحِهِ”] اهـ.
وذهب الحنفية إلى كراهة صلاة حاسر الرأس تكاسلًا؛ قال العلامة الحصكفي في “الدر المختار” (1/ 429) أثناء ذكر مكروهات الصلاة: [(وَصَلاتُهُ حَاسِرًا) أَيْ كَاشِفًا (رَأْسَهُ لِلتَّكَاسُلِ)، وَلا بَأْسَ بِهِ لِلتَّذَلُّلِ] اهـ.
وعليه: فتغطية الرأس في الصلاة بالنسبة للرجل ليست من أركان الصلاة، وتصح الصلاة من غير ستر الرأس، ولكن سترها من المستحبات التي يثاب فاعلها، ولا يعاقب تاركها.
والله سبحانه وتعالى وأعلم.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam. FP UAI Original

Solat Pakai Songkok, Pakai Kopiah, Pakai Serban – Ustaz Azhar Idrus

error: Content is protected !!