Fatwa Mufti Negeri Mesir : Hukum Mandi Janabah Selepas Waktu Subuh

Fatwa Mufti Negeri Mesir : Hukum Mandi Janabah Selepas Waktu Subuh

18 views

Fatwa Mufti Negeri Mesir : Hukum Mandi Janabah Selepas Waktu Subuh
Fatwa Mufti Negeri Mesir

رجل جامع زوجته قبل الفجر، ولم يغتسل إلا بعد الفجر. فما حكم صومه؟

ذهب جمهور الفقهاء إلى أن تأخير الغسل من الجنابة أو الحيض إلى بعد طلوع الفجر لا يبطل الصوم؛ فعن عَائِشَةَ وَأُمِّ سَلَمَةَ رضي الله عنهما: “أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآلِهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُدْرِكُهُ الفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أَهْلِهِ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ، وَيَصُومُ” أخرجه البخاري في “صحيحه”.
قال الحافظ ابن حجر في “فتح الباري” (4/ 144، ط. دار المعرفة): [قَالَ الْقُرْطُبِيُّ: فِي هَذَا فَائِدَتَانِ: إِحْدَاهُمَا: أَنَّهُ كَانَ يُجَامِعُ فِي رَمَضَانَ وَيُؤَخِّرُ الْغُسْلَ إِلَى بَعْدِ طُلُوعِ الْفَجْر؛ِ بَيَانًا للْجوَاز. وَالثَّانِية: أَنَّ ذَلِكَ كَانَ مِنْ جِمَاعٍ لَا مِنَ احْتِلَامٍ؛ لِأَنَّهُ كَانَ لَا يَحْتَلِمُ؛ إِذ الِاحْتِلَامُ مِنَ الشَّيْطَانِ، وَهُوَ مَعْصُومٌ مِنْهُ] اهـ.
وعَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِرَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآلهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ وَاقِفٌ عَلَى الْبَابِ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّي أُصْبِحُ جُنُبًا، وَأَنَا أُرِيدُ الصِّيَامَ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآلِهِ وَسَلَّم: «وَأَنَا أُصْبِحُ جُنُبًا وَأَنَا أُرِيدُ الصِّيَامَ فَأَغْتَسِلُ وَأَصُومُ»، فَقَالَ الرَّجُلُ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّكَ لَسْتَ مِثْلَنَا؛ قَدْ غَفَرَ اللهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ، فَغَضِبَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآلِهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ: «وَاللهِ إِنِّي لَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَخْشَاكُمْ للهِ، وَأَعْلَمَكُمْ بِمَا أَتَّبِعُ» أخرجه أبو داود في “سننه”.
وعليه: فتأخير غسل الجنابة أو الحيض إلى طلوع الفجر لا يبطل الصوم، مع مراعاة عدم تأخيره حتى يخرج وقت الصلاة؛ فتأخير الصلاة عن وقتها بغير عذر حرام شرعًا.
والله سبحانه وتعالى أعل

Terjemahan

Soal :

Seorang suami menjimak isterinya sebelum subuh dan tidak mandi melainkan kemudian dari waktu subuh. Maka apakah hukum puasanya?

Jawab :

Telah berjalan olih jumhur fuqahak kepada bahawa melambatkan mandi dari janabah atau mandi dari haidh hingga melepasi waktu terbit fajar tidak membatalkan puasa.

Dari Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. :

“أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآلِهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُدْرِكُهُ الفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أَهْلِهِ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ، وَيَصُومُ”

“Bahawasanya Rasulullah saw adalah dalam keadaan junub ketika waktu fajar telah masuk. Kemudian barulah baginda mandi dan berpuasa.” (Hadith Bukhari)

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar pada kitab Fathul Baari :

Berkata Imam Qurtubi : Pada ini ada dua faedah.

Pertamanya adalah baginda menjimak isterinya pada Ramadhan dan melambatkan mandinya hingga terbit fajar adalah kerana menyatakan hukum harusnya.

Dan yang keduanya : Adalah janabahnya itu sebab jimak bukan sebab mimpi kerana baginda bukan bermimpi. Mimpi itu dari syaitan. Baginda terpelihara daripadanya.”

Daripada Aisyah r.a. : Bahawasanya seorang lelaki berkata bagi Rasulullah saw dan dia berdiri di depan pintu : Ya Rasulullah sungguhnya aku awal-awal subuh telah junub. Dan aku kehendak berpuasa?
Kata baginda : Aku juga awal subuh telah junub dan aku juga mahu berpuasa. Maka aku mandi dan aku berpuasa.
Berkata lelaki itu : Ya Rasulullah. Engkau tidak sama dengan kami. Engkau diampun olih Allah segala dosa lalu dan kemudian. 

Maka marah olih Rasulullah saw dan bersabda :
Demi Allah aku berharap bahawa aku orang paling takutkan Allah diantara kamu dan paling tahu dengan barang yang aku ikuti.” (Hadith Abu Daud)

Maka hukum melambatkan mandi janabah atau mandi haidh sampai terbit fajar tidak membatalkan puasa. Tetapi hendaklah menjaga jangan sampai melambatkan mandi hingga melambatkan sembahyang dari waktunya tanpa uzur itu haram pada syarak.”

Darul Ifta Al-Misriah

wallahua’lam. FP UAI Original

Sahkah Puasa Apabila Mandi Junub Setelah Masuk Waktu Subuh? – Ustaz Azhar Idrus

https://www.youtube.com/watch?v=AzVTTMyrNg8

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”