Hukum Tidur Ketika Berpuasa

Fatwa Mufti Negeri Mesir : Hukum Tidur Ketika Berpuasa

19 views

Hukum Tidur Ketika Berpuasa
من نام أكثر اليوم في نهار رمضان؛ هل يبطل صومه؟

النوم أكثر النهار في رمضان لا يبطل الصوم، بل لو نام الصائم النهار كله فصومه صحيح، إلا أنه يكون قد فوت على نفسه فضل ؛ قال الإمام النووي في “روضة الطالبين وعمدة المفتين” (2/ 366): [وَلَوْ نَامَ جَمِيعَ النَّهَارِ صَحَّ صَوْمُهُ عَلَى الصَّحِيحِ الْمَعْرُوفِ] اهـ.
وقال الإمام ابن قدامة في “المغني” (3/ 116): [النَّوْمُ لا يُؤَثِّرُ فِي الصَّوْمِ، سَوَاءٌ وُجِدَ فِي جَمِيعِ النَّهَارِ أَوْ بَعْضِهِ] اهـ.
ولكن عدّ المالكيةُ الإكثارَ من النوم في نهار رمضان من المكروهات؛ قال العلامة الحطاب في “مواهب الجليل في شرح مختصر خليل” (2/ 415): [(فَرْعٌ): مِنَ الْمَكْرُوهِ.. الْإِكْثَارُ مِنَ النَّوْمِ بِالنَّهَارِ، نَقَلَهَا الْقَاضِي عِيَاضٌ وَابْنُ جُزَيٍّ] اهـ.
ولا شك أن ثواب الصائم على قدر مشقته في الصوم؛ لقول النبي صلى الله عليه وآله وسلم
للسيدة عائشة رضي الله عنها: «إِنَّ لَكِ مِنَ الْأَجْرِ عَلَى قَدْرِ نَصَبِكِ وَنَفَقَتِكِ» رواه الحاكم في “المستدرك”.
والله سبحانه وتعالى وأعلم

Terjemahan

Soal :

Siapa yang tidur lama di siang hari Ramadhan adakah batal puasanya?

Jawab:

“Bermula banyak tidur pada siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa akan tetapi jika dia tidur sepanjang hari maka puasanya tetap sah cuma sungguhnya telah hilang atas dirinya fadhilat atau pahala.

Berkata Imam Nawawi pada kitab Raudhah Thalibin dan kitab Umdatul Muttaqin :

وَلَوْ نَامَ جَمِيعَ النَّهَارِ صَحَّ صَوْمُهُ عَلَى الصَّحِيحِ الْمَعْرُوفِ

“Dan jika tidur seorang sepanjang harinya maka sah puasanya atas qaul yang sahih dan terkenal.” (2/366)

Berkata Ibnu Qudamah pada kitab Mughni :

النَّوْمُ لا يُؤَثِّرُ فِي الصَّوْمِ، سَوَاءٌ وُجِدَ فِي جَمِيعِ النَّهَارِ أَوْ بَعْضِهِ

“Bermula tidur itu tidak merosakkan puasa samada pada sekelian hari atau pada sebahagian harinya.” (3/116)

Ulamak-ulamak mazhab Maliki menganggap banyak tidur ketika siang Ramadhan termasuk perkara yang makruh.

Berkata Imam Al-Hathab pada kitab Mawahibul Jalil Syarah Mukhtasar Khalil :

فَرْعٌ: مِنَ الْمَكْرُوهِ.. الْإِكْثَارُ مِنَ النَّوْمِ بِالنَّهَارِ، نَقَلَهَا الْقَاضِي عِيَاضٌ وَابْنُ جُزَيّ

“Furu’ : Setengah dari yang makruh ialah membanyakkan tidur pada waktu siang. Telah menaqal akan dia olih Qadhi Iyadh dan Ibnu Juzai.” (2/415)

Maka tiada syak bahawa pahala orang yang berpuasa ialah sekadar mana ia merasa susah berpuasa kerana sabda Rasulullah saw kepada Aisyah r.a. :

إِنَّ لَكِ مِنَ الْأَجْرِ عَلَى قَدْرِ نَصَبِكِ وَنَفَقَتِكِ

“Sungguhnya dapat bagi kamu dari pahala atas kadar susah payahmu.” (Hadith Al-Hakim pada Al-Mustadrak)

Wallahua’lam. FP UAI Original

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Hukum Tidur Sepanjang Hari Di Bulan Ramadhan – Ustaz Azhar Idrus

https://www.youtube.com/watch?v=yRE47UqWKhQ