Fatwa Mufti Negeri Mesir Mengenai Hukum Bakar Quran Lama atau Buruk

Fatwa Mufti Negeri Mesir Mengenai Hukum Bakar Quran Lama atau Buruk

51 views

Fatwa Mufti Negeri Mesir Mengenai Hukum Bakar Quran Lama atau Buruk
ما حكم حرق الأوراق القرآنية الرميمة؟
الرقم المسلسل : 314

الجواب : فضيلة الأستاذ الدكتور علي جمعة محمد

الأصل أن المصحف الصالح للقراءة لا يحرق لحرمته، فإذا صار خَلِقًا غير صالح للقراءة فيه، فإنه يجوز حرقه صيانةً له عند جمهور العلماء.
والله سبحانه وتعالى أعلم.

Terjemahan

Soal :

Apakah hukumnya membakar lembaran Quran yang telah buruk?

Jawab :

“Bermula yang asalnya Quran yang masih bolih digunakan untuk dibaca maka tidak bolih dibakar kerana menghurmatinya.
Maka apabila jadilah ia usang sekira-kira tidak bolih lagi membacanya maka haruslah membakarnya kerana memelihara kemuliaan baginya disisi jumhur ulama. Wallahua’lam.”

Perhatian

Jika hanya usang atau buruk tetapi masih bolih digunakan maka tidak harus membakarnya.

Ketika membakarnya hendaklah biar hangus semuanya hingga tidak tinggal lagi suatu pun dari tulisannya.

Maksud membakar kerana memeliharanya ialah jika tidak dibakar maka akan jadi disia-siakan atau tidak dipelihara sesuai dengan kemuliannya.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam. FP UAI Original

Ust Azhar Idrus- Lupus Al-Quran Rosak