Fiqah Puasa

Fiqah Puasa dari Segi Erti, Syarat Wajib, Syarat Sah, Rukun dan Perkara Membatalkan Puasa

244 views

Fiqah Puasa

Pengertian atau Erti Puasa

Puasa الصوم dari sudut bahasa ialah الإمساك yaitu menahan dari melakukan sesuatu.

Dan puasa dari sudut syarak ialah :

الإمساك عن المفطر من طلوع الفجر إلى غروب الشمس بنية

Artinya : “Menahan dari perkara yang membatalkan puasa dari masa terbit fajar hingga masa tenggelam matahari dengan berniat.”

Waktu berpuasa ialah dari masuk waktu subuh sehingga masuk waktu maghrib.

Dalil Wajib Puasa Ramadhan

1. Dari Al-Quran

Firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Artinya : “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu semua akan berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu supaya kamu semua menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah : 183)

2. Dari Sunnah

Rasulullah saw bersabda :

بني الإسلام على خمس: شهادة أن لا إله إلاالله وأن محمدا رسول الله ، وإقام الصلاة ، ةإيتاء الزكاة ، والحج ، وصوم رمضان

Artinya : “Telah dibina akan agama Islam itu atas lima asas :
Penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Dan mendirikan sembahyang. Dan mengeluarkan zakat. Dan mengerjakan haji. Dan mengerjakan puasa Ramadhan.” (Hadith Bukhari & Muslim)

3. Dari Ijmak

Artinya telah sepakat semua ulamak dari kalangan sahabat dan tabiin dan ulamak yang kemudian atas wajibnya mengerjakan puasa Ramadhan dan ia termasuk salah satu daripada rukun Islam yang lima.

Siksa Orang Yang Tidak Berpuasa

عن أبي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِي رَجُلَانِ فَأَخَذَا بِضَبْعَيَّ فَأَتَيَا بِي جَبَلًا وَعْرًا فَقَالَا لِيَ: «اصْعَدْ» فَقُلْتُ: «إِنِّي لَا أُطِيقُهُ»، فَقَالَا: «إِنَّا سَنُسَهِّلُهُ لَكَ»، فَصَعِدْتُ حَتَّى إِذَا كُنْتُ فِي سَوَاءِ الْجَبَلِ إِذَا أَنَا بأَصْوَاتٍ شَدِيدَةٍ فَقُلْتُ: «مَا هَذِهِ الأَصْوَاتُ؟» قَالُوا: «هَذَا عُوَاءُ أَهْلِ النَّارِ»، ثُمَّ انْطُلِقَ بِي فَإِذَا أَنَا بِقَوْمٍ مُعَلَّقِينَ بِعَرَاقِيبِهِمْ، مُشَقَّقَةٌ أَشْدَاقُهُمْ، تَسِيلُ أَشْدَاقُهُمْ دَمًا، قَالَ: قُلْتُ: «مَنْ هَؤُلَاءِ؟» قَالَ: «هَؤُلَاءِ الَّذِينَ يُفْطِرُونَ قَبْلَ تَحِلَّةِ صَوْمِهِمْ»

Artinya :

Dari Abu Umamah Al-Bahili r.a. berkata : Rasulullah saw bersabda :
Ketika aku sedang tidur aku telah didatangi olih dua orang. Lalu kedua orang itu memegang lenganku dan membawa pergi ke sebuah bukit.
Berkata kedua orang itu : Naiklah.
Maka kata aku : Aku sungguhnya tidak mampu.
Maka kata keduanya : Kami akan memudahkan bagi kamu. Maka aku pun naik sehingga apabila tiba aku pada tengah bukit tiba-tiba aku terdengar satu suara yang sangat keras. Aku bertanya : Suara apakah itu?
Jawab mereka : Itu suara tempikan ahli neraka.
Kemudian aku berjalan lagi maka tiba-tiba aku sampai pada satu kaum yang bergantung pada urat-urat tumit mereka. Sedangkan mulut-mulut mereka koyak dan keluar darah dari mulut mereka. Aku bertanya : Siapakah orang-orang ini?
Jawab keduanya : Mereka itulah orang-orang yang makan sebelum waktu berbuka puasa.” (Hadith Ibnu Hibban, Al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah)

Syarat Wajib Puasa

Syarat Wajib Puasa

1. Islam

Kewajipan puasa Ramadhan hanyalah atas orang yang beriman sahaja. Orang yang bukan Islam tidak diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan di dalam dunia dan mereka tidak dikenakan hukuman apabila meninggalkan kewajipan puasa di dunia ini. Tetapi di akhirat nanti orang yang bukan Islam turut disoal atas segala kewajipan yang mereka tinggalkan seperti sembahyang, puasa dan lain-lain. Dan mereka akan diazab atas setiap kewajipan yang mereka tinggalkan itu dari kerana mereka bolih melakukannya apabila mereka memeluk Islam.

Jika orang bukan Islam mengerjakan ibadah puasa ketika di dunia, puasa mereka tidak sah dan tidak diterima kerana kekafiran mereka. Begitu juga segala amal solih yang lain yang dikerjakan olih orang bukan Islam ketika hidup kerana Allah tidak sesekali menerima amalan orang-orang yang tidak beriman.

Firman Allah :

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Artinya : “Dan siapa yang mencari agama selain Islam maka tidak akan diterima daripadanya. Dan adalah dia di akhirat nanti termasuk orang-orang yang sangat rugi.” (‘ali-Imran : 85)

Demikian lagi tidak sah puasa yang dikerjakan olih orang arab atau melayu atau lainnya yang tidak Islam. Kerana makna Islam ialah agama seseorang bukannya bangsa seseorang.

Jika orang melayu yang tidak beriman atau orang melayu yang murtad maka tidak termasuk dalam orang yang Islam. Maka puasa mereka tidak akan diterima olih Allah.

Akhir-akhir ini wujud ramai orang yang hanya mengaku beragama Islam tetapi hakikatnya mereka bukan lagi beragama Islam kerana telah melakukan pelbagai perbuatan dan amalan yang menjadikan mereka terkeluar dari Islam.

Antara sebab yang mengeluarkan seseorang dari agama Islam ialah berkata perkataan yang mengkafirkan seperti berkata hukum hudud adalah ganas atau hudud seratus rotan itu zalim atau hukum poligami adalah tercela atau hubungan sex tidak patut diharamkan sekalipun tanpa nikah atau halal hubungan sejenis lelaki sama lelaki atau perempuan sama perempuan atau berkata undang-undang Al-Quran tidak sesuai dengan zaman moden atau menutup aurat tidak wajib atau berkata semua agama adalah elok belaka atau yang seumpamanya.

Maka semua contoh ini apabila diucapkan olih orang Islam dalam keadaan sedar dan tidak ada paksaan maka jadilah orang yang berkata itu keluar dari agama Islam secara automatik samada dia bersetuju atau tidak. Jika mereka berpuasa sekalipun tetap tidak akan diterima dan amalan mereka itu tidak akan ditulis dan tidak ada menafaat sedikit pun.

Firman Allah :

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Artinya : “Sesiapa yang murtad daripada kamu dari agamanya kemudian ia mati sedangkan dia kafir maka mereka itulah yang sia-sia segala amalan mereka di dunia dan di akhirat. Mereka itulah penghuni neraka dan mereka akan kekal di dalam neraka.” (Al-Baqarah : 217)

2. Baligh

Tidak wajib puasa ke atas kanak-kanak yang belum baligh. Arti baligh ialah sampai umur memikul kewajipan syarak.

Tanda baligh bagi kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan ialah keluar mani dan tanda baligh bagi kanak-kanak perempuan sahaja ialah keluar darah haidh dan umur yang paling awal ialah ketika umur mereka sembilan tahun.

Berkata Al-Hafiz Al-Imam Al-Asqalani :

وقد أجمع العلماء على أن الحيض بلوغ في حق النساء

Artinya : “Dan sungguhnya telah ijmak olih para ulama atas bahawa keluar hadih ialah tanda baligh bagi kaum wanita.” (Kitab Fathul Baari)

Dan jika kanak-kanak lelaki tidak keluar mani dan kanak-kanak perempuan tidak keluar darah haidh maka had baligh keduanya ialah apabila sampai umur keduanya lima belas tahun.

Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib atasnya mengerjakan ibadah puasa tetapi wajib dilatih mereka untuk melakukan amalan yang wajib seperti sembahyang, puasa dan menutup aurat apabila umur mereka genap tujuh tahun.

3. Beraqal 

Tidak wajib puasa atas orang yang tidak mempunyai aqal seperti orang gila.

Sada Rasulullah saw :

وعن المجنون حتى يفيق

Artinya : “Tidak ditulis dosa dan pahala ke atas orang yang gila sampailah ia siuman.” (Hadith Turmizi & Ibnu Majah)

Orang gila tidak akan ditanya diakhirat nanti tentang puasanya dan lain-lain kewajipan dan tidak akan diazab.

Gila yang terlepas dari taklif syarak ini ialah gila yang bukan disengajakan atau dari usaha dirinya seperti gila keturunan dan seumpamanya.

Adapun jika gila itu terjadi sebab disengajakan seperti seorang yang menghidu gam atau menghisap dadah atau seumpamanya lalu menjadi gila maka dia bertanggung jawab atas semua amal wajib yang dia tinggalkan ketika dia menjadi gila.

Orang yang hilang aqal sebab pengsan maka jika dia telah berniat pada malamnya dan pada siang hari puasanya dia telah pengsan bukan sepanjang hari maka puasanya adalah sah. Tetapi jika dia pengsan dari awal hari sampai ke waktu berbuka maka puasanya tidak sah menurut pendapat yang paling kuat.

Orang yang tidur sepanjang hari adalah sah puasanya tetapi makruh perbuatannya itu. Adapun tidur yang sekejap maka tidak makruh hukumnya.

4. Berkuasa

Maka orang yang tidak berkuasa mengerjakan puasa seperti sakit atau terlalu tua maka tidaklah wajib atasnya mengerjakan ibadah puasa.

Syarat Sah Puasa

syarat sah puasa

1. Islam

Tidak sah puasa orang kafir kerana ibadah puasa diwajibkan padanya berniat maka berniat orang kafir itu adalah tidak sah.

Orang-orang Yahudi juga melakukan amalan berpuasa mengikut tarikh tertentu dalam ajaran Yahudi. Ada puasa Yahudi yang wajib dan ada yang sunat. Antara puasa wajib bagi penganut Yahudi ialah puasa pada hari Yom Kippur yaitu hari penebus dosa.

Dalam agama Kristian ada juga amalan puasa yang dianggap sunat seperti yang terdapat dalam ajaran Kristian Katolik. Manakala Kristian Protestan tidak ada amalan berpuasa.

Begitu juga dalam agama-agama lain maka apa jua amalan solih yang dilakukan olih orang yang diluar agama Islam adalah tidak sah kerana ketiadaan syarat yaitu Islam.

2. Beraqal

Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak sah melakukan amalan puasa dan begitu juga sembahyang. Adapun kanak-kanak yang telah sampai had mumayyiz sah mereka bepuasa sekalipun belum baligh.

Umur bagi mumayyiz tidak tertentu yaitu ada yang mumayyiz ketika umurnya seawal 4 tahun tahun dan ada yang 7 atau 8 tahun.

3. Suci Dari Haidh & Nifas

Wanita yang dalam hadas haidh tidak sah melakukan ibadah puasa samada yang wajib atau sunat. Begitu juga tidak sah puasa wanita yang sedang di dalam hadas nifas.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. sungguhnya Rasulullah saw bersabda kepada kaum wanita yang mempersoalkan apakah maksud kaum wanita itu kurang agamanya :

أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِ وَلَمْ تَصُمْ؟ قُلْنَ: بَلَى. قَالَ: فَذلِكَ مِنْ نُقْصَانِ دِيْنِهَا

Artinya : “Bukankah wanita itu bila haid dia tidak sembahyang dan tidak puasa?” Kaum wanita menjawab : “Ya.”
Rasulullah bersabda : “Maka itulah tanda dari kekurangan agamanya.” (Hadith Bukahri)

Kaum wanita wajib menqhada puasa yang ditinggalkannya sebab haidh dan tidak wajib mengqadha sembahyang.

Berkata A’isyah r.a. :

كنا نؤمر بقضاء الصوم ولا نؤمر بقضاء الصلاة

Artinya “Kami diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak diperintahkan untuk mengqadha sembahyang.” (Hadith Bukhari & Muslim)

Jika datang haidh pada hujung hari puasa maka puasanya adalah batal dan wajib atasnya qadha sekalipun datang haidh hanya beberapa saat sebelum waktu berbuka.

Jika datang haidh sesaat selepas waktu berbuka maka puasanya adalah sah. Begitu juga jika datang haidh serentak dengan waktu berbuka puasa maka sah puasanya.

Wanita yang tidak berpuasa kerana haidh maka harus ia makan minum menurut pandangan jumhur ulamak. Cuma dilarang ia makan minum dihadapan orang yang sedang berpuasa atau pada khalayak ramai.

Harus hukumnya jika seorang wanita memakan ubat untuk menahan datang haidh supaya dapat ia berpuasa sebulan penuh dengan syarat ubat tersebut adalah halal dan tidak memudaratkan dirinya.

Tetapi jika tidak makan ubat penahan haidh adalah lebih afdhal kerana datangnya haidh adalah fitrah yang Allah telah tentukan ke atas kaum wanita.

Demikian juga dengan hadas nifas maka apabila kering darah nifasnya maka sah ia berpuasa sekalipun belum melakukan mandi hadas.

4. Waktu Yang Sah Berpuasa

Adalah sah melakukan puasa sepanjang tahun melainkan pada hari-hari berikut :

– Hari Raya Korban & Hari Raya Fitri

Daripada Umar Al-Khattab r.a. katanya :

إِنَّ هَذَيْنِ يَوْمَانِ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صِيَامِهِمَا : يَوْمَ فِطْرِكُمْ مِنْ صِيَامِكُمْ ، وَالآخَرُ يَوْمَ تَأْكُلُونَ فِيهِ مِنْ نُسُكِكُمْ

Artinya : “Sungguhnya kedua ini telah melarang olih Rasulullah saw dari berpuasa. Yaitu hari raya Fitrah dilarang kamu berpuasa dan hari raya Korban hari kamu memakan daging korban kamu.” (Hadith Bukhari & Muslim)

– Hari Tasyrik

Hari tasyrik ialah hari yang ke 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Dari Nubaisyah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ ، وَذِكْرٍ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Artinya : “Hari-hari tasyrik ialah hari untuk makan dan minum dan berzikir kepada Allah Taala.” (Hadith Muslim)

Jika seorang itu berpuasa pada hari yang diharamkan ini maka puasanya adalah tidak sah dan dia adalah berdosa kerana telah melakukan perkara yang haram.

Rukun Puasa

Rukun Puasa

1. Niat

Niat adalah salah satu dari rukun puasa.

Dari Aisyah r.a.dari Nabi saw bersabda :

مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ الصِّيَامَ قَبْلَ طُلُوعِ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ

Artinya : “Siapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar subuh maka tiada puasa baginya.” (Hadith Daruqutni)

Dan sabda Rasulullah saw :

مَنْ لَمْ يَجْمَعِ الصِّيَامَ قَبْلَ اْلفَجْرِ فَلَا صِيَامَ لَهُ

Artinya : “Siapa yang tidak menghimpunkan niat puasa sebelum fajar subuh maka tiada puasa baginya.” (Hadith Abu Daud & Tirmizi))

Olih itu siapa yang tidak berniat puasa pada malam hari tidaklah sah puasanya dan wajib atasnya qadha.

Ada pun jika puasa sunat maka harus berniat pada siang hari selama belum lagi melakukan perkara yang membatalkan puasa kerana mengikut perbuatan Rasulullah saw yang pernah melafazkan niat puasa sunat sedangkan hari telah siang.

Tempat niat ialah hati. Sekali pun tidak melafazkan niat pada lisan tetapi ada hadir niat melakukan puasa di dalam hatinya maka sah puasanya.

Melafazkan niat puasa pada lisan tidak wajib hanya sunat jua kerana Nabi saw ada melafazkan niat puasa sunat pada lisannya.

Waktu yang sah untuk berniat ialah pada waktu malam. Dan bermula waktu malam ialah dengan masuknya waktu maghrib yaitu apabila matahari telah terbenam. Dan berkekalan waktu niat itu sampai masuk waktu subuh.

Hendaklah di dalam berniat itu menentukan jenis puasa yang hendak dilakukan seperti puasa Ramadhan dan menentukan samada puasa fardhu atau sunat supaya keluar dari perselisihan ulamak yang mewajibkannya. Jika puasa tersebut adalah puasa nazar yang wajib maka hendaklah dihadirkan puasa nazar ketika berniat dan jika puasa qadha yang wajib maka diniatkan puasa qadha Ramadhan misalnya.

Contoh niat yang mudah ialah dihadrikan di dalam hati :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ اَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانِ لِلهِ تَعَالَى

Artinya : “Aku berniat melakukan puasa esok hari fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.”

Atau niat yang seumpama ini.

Wajib berniat pada setiap malam di sisi jumhur ulamak kerana apabil telah berbuka pada petang hari maka telah selesai satu ibadah puasa dan puasa pada esok hari adalah ibadah yang bersaingan. Olih kerana itu wajib pula berniat untu melakukan puasa esok hari.

Dan pada mazhab Maliki ibadah puasa selama sebulan adalah dikira ibadah yang satu maka memadai berniat sekali sahaja pada malam yang pertama puasa.

Harus bagi kita mengikut pandangan mazhab Maliki berniat untuk sebulan pada malam pertama dan wajib juga berniat pada malam-malam yang lain kerana meraikan pandangan jumhur ulamak. Cuma apabila ada pada satu malam yang kita lupa berniat maka sah puasa kita kerana telah ada berniat puasa sebulan pada malam pertama.

Contoh niat sebulan ialah :

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Artinya : “Aku berniat puasa sebulan Ramadhan sekeliannya kerana Allah Taala.”

Atau yang seumpama ini.

Jika seorang wanita haidh pada awal Ramadhan dan hanya suci selepas beberapa hari Ramadhan maka harus dia niat sebulan pada malam ia suci itu.

Jika seorang wanita telah niat sebulan kemudian selepas beberapa hari ia berpuasa lalu datang haidh maka hendaklah dia berniat semula selepas sucinya nanti puasa sekelian hari yang masih baki kerana keluar dari perselisihan ulamak yang mengatakan niatnya telah terputus.

Bagi yang berniat sebulan tetap wajib baginya berniat pada setiap malam.

Harus dan sah niat serentak dengan masuknya waktu maghrib dan sah juga berniat ketika sedang makan ketika berbuka puasa.

Jika selesai ia berniat puasa lalu masuk waktu subuh maka niatnya adalah sah dan jika masuk waktu subuh pada hal dia belum selesai berniat maka niatnya itu tidak sah.

Siapa yang terlupa niat puasa wajib pada malam hari maka tidak sah pusanya dan wajib ia menahan diri dari makan dan minum pada keesokkannya.

Bangun untuk makan sahur tidak dikira sudah berniat puasa kerana mungkin seorang itu bersahur dan hadir dalam hatinya untuk berpuasa esok hari dan mungkin pula tidak hadir dalam hatinya untuk berpuasa esok hari. Olih kerana itu wajib yang bangun makan sahur berniat dan tidak bolih dianggap setiap yang bersahur sudah berniat puasa.

2. Menahan Dari Makan Minum & Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa

1. Makan Dan Minum

Siapa yang sengaja makan dan minum walaupun sedikit ketika sedang berpuasa wajib atau sunat maka puasanya batal.

Meninggalkan makan dan minum adalah intipati puasa yang paling penting dalam perintah berpuasa.

Diharuskan makan minum pada waktu malam kerana arti puasa ialah meninggalkan makan minum pada waktu siang.

Firman Allah :

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

Artinya : “Dan makanlah kamu dan minumlah kamu sehingga nyata bagi kamu waktu subuh telah masuk. Kemudian hendaklah kamu berpuasa sehingga tiba waktu malam.” (Al-Baqarah : 187)

Maka jelas pada ayat ini waktu diharamkan makan minum bagi yang berpuasa ialah dengan masuknya waktu subuh sehingga waktu maghrib.

Batal puasa seorang yang makan dengan sengaja sekalipun makanan yang sedikit atau air yang sedikit.

Dan sama ada yang dimakan itu makanan atau minuman atau bukan makanan dan minuman seperti ubat atau batu atau pasir atau seumpamanya.

Maksud makan dan minum ialah memasukkan makanan atau minuman sampai melepasi had yang batin yaitu kerongkong. Jika tidak melepasi kerongkong seperti makanan atau air hanya berada di dalam mulut sahaja maka tidak membatalkan puasa.

Begitu juga tidak membatalkan puasa jika hanya meletakkan makanan pada bibir mulut.

Olih itu orang yang memasak makanan kemudian meletakkan sedikit pada lidahnya kerana merasa makanan tersebut untuk diketahui samada masin atau tawar umpamanya maka tidaklah membatalkan puasa kecuali ditelannya makanan tersebut.

Sebahagian ulamak memakruhkan merasa makanan seperti ini tetapi mereka tidak mengatakan ia membatalkan puasa.

Wajib berhenti menelan makanan dan minuman apabila telah masuk waktu subuh sekalipun belum azan seperti dilihat pada jam bahawa waktu subuh telah masuk dengan yakin kerana azan itu terkadang awal dan terkadang lewat dari waktu subuh yang sebenar.

Tidak batal puasa dengan sebab menelan air liur yang berada di dalam mulut sekalipun banyak. Tetapi jika air liur sudah berada di luar mulut seperti berada pada bahagian bibir yang luar lalu ditelannya kembali maka batal puasanya.

Demikian lagi tidak batal menelan kahak yang berada di dalam mulut. Ada pun kahak yang di keluarkan dari dalam dada atau perut lalu dikeluarkannya kepada mulut kemudian ditelannya kembali maka batal puasanya.

Jika ada sisa makanan yang kecil di celah giginya kemudian ditelannya maka batal puasanya kerana kesengajaannya. Ada pun jika tertelan maka tidak membatalkan puasa.

Demikian lagi batal menelan air liur yang bercampur dengan sisa makanan atau darah gusi.

Jika terasa manis kesan air minumnya ketika bersahur maka hendaklah diludahnya. Jika ditelan rasa manis itu maka batal puasanya.

Makan Minum Selepas Azan

Jika pada negeri tersebut hanya ada sekali azan subuh maka wajib berhenti makan minum apabila terdengar azan. Ada pun pada negeri yang azan dua kali yaitu sekali sebelum subuh dan sekali lagi bila masuk waktu subuh maka harus ia meneruskan makan dan minum selepas azan yang pertama. Ini kerana azan pertama bukan menandakan masuk waktu subuh tetapi ia merupakan pemberitahuan waktu bersahur.

Dari Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

إِنَّ بِلالا يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ

Artinya : “Sungguhnya Bilal azan ia ketika masih malam. Maka makan dan minumlah kamu sehingga azan pula olih Ibnu Ummi Maktum.” (Hadith Bukhari & Muslim)

Siapa yang masih yakin fajar subuh belum masuk maka harus ia makan dan minum.

Berkata Umar Al-Khattab r.a. :

إذا شك الرجلان في الفجر فليأكلا حتى يستيقنا

artinya : “Jika dua orang berasa ragu tentang masuknya waktu subuh maka makanlah sehingga yakin olihnya.”

Makan Minum Tanpa Sengaja

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ, فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ, فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ, فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اَللَّهُ وَسَقَاهُ

Artinya : “Siapa yang terlupa dia sedang berpuasa lalu dia makan dan minum maka teruskanlah puasanya kerana sungguhnya Allah memberi ia makan dan minum.” (Hadith Bukhari)

Jelas dari hadith ini siapa yang makan dan minum dengan tidak sengaja samada pada awal hari puasa atau hujungnya dan samada makan minum yang sedikit atau banyak dan samada sekali atau beberapa kali maka puasanya tidak batal. Hendaklah ia teruskan berpuasa.

Jika ditakdirkan seorang itu lupa sungguh lalu dia makan minum sepanjang bulan Ramadhan sekeliannya maka puasanya tetap sah tetapi jarang berlaku seperti itu.

Dan apabila tidak batal puasa makan dan minum dengan bukan sengaja maka tidak ada atasnya kewajipan qadha atau membayar kafarah.

Pada hadith riwayat Al-Hakim Rasulullah saw bersabda :

مَنْ أَفْطَرَ فِي رَمَضَانَ نَاسِيًا فَلَا قَضَاءَ عَلَيْهِ وَلَا كَفَّارَةَ

Artinya : “Siapa yang berbuka pada Ramadhan hal kedaannya terlupa maka tiada qadha atasnya dan tiada kafarah.”

Dan wajiblah orang yang sedang makan minum dalam keadaan lupa ini berhenti menelan makanan atau minuman sebaik sahaja dia teringat sedang berpuasa. Jika selepas teringat dia makan atau minum sedikit sahaja maka batal puasanya dan wajib atasnya qadha.

Dan seperti itu juga tidak batal puasanya jika tertelan serangga yang sedang terbang atau selain serangga seperti seekor burung masuk ke dalam mulutnya terus tertelan ke dalam perut maka tidak membatalkan puasa.

Tidak membatalkan puasa menelan angin kerana angin tidak terhitung sebagai jirim. Tetapi batal puasa dengan sebab menelan asap samada asap suatu yang dibakar atau asap rokok.

Ulamak mengkiaskan dengan terlupa pada masalah makan minum itu dengan masalah terlupa melakukan jimak. Maka tidak juga membatalkan puasa sekalipun jimak ia beberapa kali atau beberapa jam dengan syarat memang dalam kelupaannya..

Dan dikiaskan juga dengan terlupa memasukkan suatu benda ke dalam rongga terbuka yang selain mulut maka tidak membatalkan puasa kerana kelupaannya itu.

Semua masalah terlupa dan tersalah yang telah disebut tidak membatalkan puasa dan tidak berdosa.

Firman Allah :

وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَٰكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ ۚ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Artinya : “ Dan tiada atas kamu dosa pada perkara yang kamu tersalah dengannya dan tetapi dosa itu pada perkara yang kamu sengaja olih hatimu. Dan Allah itu adalah Ia maha pengampun dan maha pengasih.” ( Al-Ahzab : 5)

Berenang & Menyelam Ketika Puasa

Perbuatan berenang atau menyelam ketika berpuasa tidak membatalkan puasa selagi tidak berlaku menelan air atau masuk air ke dalam rongga yang terbuka kepada had batin. Jika menelan air atau masuk air ke dalam rongga yang terbuka ketika berenang dan menyelam itu maka ia membatalkan puasa.

Berkata Syeikh Bujairimi :

قَالَ الْأَذْرَعِيُّ لَوْ عَرَفَ مِنْ عَادَتِهِ أَنَّهُ يَصِلُ الْمَاءُ إلَى جَوْفِهِ مِنْ ذَلِكَ لَوْ انْغَمَسَ وَلَا يُمْكِنُهُ التَّحَرُّزُ عَنْ ذَلِكَ حَرُمَ عَلَيْهِ الِانْغِمَاسُ وَأَفْطَرَ بِذَلِكَ

Artinya : “Telah berkata olih Imam Al-’Azra’I jika seorang itu sudah tahu pada kebiasaannya akan masuk air kepada perutnya dari yang demikian itu jikalau dia menyelam dan dia tidak mampu memelihara dari masuk air itu maka haram atasnya menyelam dan batal puasanya dengan menyelamnya itu.” (Kitab Hasyiah Bujairimi ‘ala Minhaj)

2. Memasukkan Sesuatu Ke Dalam Rongga Terbuka

2. Memasukkan Sesuatu Ke Dalam Rongga Terbuka

Yang dimaksudkan dengan rongga terbuka ialah lubang hidung, lubang telinga dan kemaluan depan dan belakang.

Maka membatalakan puasa jika sengaja memasukkan sesuatu ke dalam rongga tersebut sekali pun atas dasar berubat.

Had yang membatalkan puasa ialah had batin.

Maka had yang batin bagi hidung ialah kawasan dalam hidung yang jauh yang tidak sampai jari manusia jika dimasukkan padanya. Olih kerana itu seorang yang memasukkan jarinya ke dalam lubang hidung kerana membersihkan kotorannya maka tidaklah membatalkan puasa kerana tidak sampai kepada bahagian yang membatalkan puasa.

Adapun memasukkan ubat dari hidung jika ubat hanya berada di dalam kelopak hidung maka tidak mengapa tetapi jika disedut atau masuk ubat sampai kepada had yang batin maka ia membatalkan puasa.

Ini adalah kerana dikiaskan tidak batalnya seorang yang berwuduk lalu ia berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung kerana keduanya adalah sunat-sunat wuduk.

Rasulullah saw bersabda :

أَسْبِغِ الْوُضُوءَ وَخَلِّلْ بَيْنَ الأَصَابِعِ وَبَالِغْ فِى الاِسْتِنْشَاقِ إِلاَّ أَنْ تَكُونَ صَائِمًا

Artinya : “Ratakan akan wuduk dan gosok celah-celah jari dan bersungguh ketika masukkan air ke hidung melainkan kamu sedang berpuasa.” (Hadith Abu Daud, Ibnu Majah & Nasaai)

Olih itu jika tidak bersungguh memasukkan air ke hidung ketika wuduk tiba-tiba termasuk juga sedikit kepada had yang batin maka tidaklah membatalkan puasa. Yang membatalkan ialah berlebih-lebihan memasukkan air ke hidung kerana larangan Rasulullah saw pada hadith tersebut.

Had yang batin bagi telinga ialah melepasi gegendang telinga. Olih itu tidak batal mengorek telinga dengan umpama jari atau kapas kerana kawasan yang biasanya di korek ialah bukan bahagian batin tetapi hanya lubang sebelah luar.

Adapun memasukkan air atau ubat misalnya sampai masuk ke otak atau had yang batin maka ia membatalkan puasa.

Had batin bagi dubur pula ialah kawasan yang tidak terbuka ketika mengeluarkan najis dan had batin bagi faraj wanita ialah kawasan yang sebelah dalam yang hanya sampai kepadanya olih zakar.

Maka sengaja memasukkan sesuatu kepadanya adalah membatalkan puasa sekalipun atas jalan berubat.

Memasukkan bahagian buasir yang terkeluar dari dubur tidak membatalkan puasa.

Jika seorang yang mandi atau berenang lalu termasuk iar ke dalam telinganya maka jika bukan dengan bersungguh mandinya itu maka dimaaf yaitu tidak membatalkan puasa.

Contoh Rawatan Yang Tidak Membatalkan Puasa

– Ubat yang disapu pada bahagian luar tubuh seperti kulit atau tampalan dan balutan.

– Ubat titis seperti titis pada mata atau telinga atau hidung yang tidak masuk sampai ke dalam had yang batin.

– Ubat jenis kumur yang tidak ditelan.

– Mencabut gigi, membersih, menampal atau menanam gigi.

– Suntikan pada kulit seperti lengan, paha, punggung dan seumpamanya yang bukan rongga yang terbuka.

– Pemindahan darah, membersih darah atau pengambilan contoh darah.

– Memasukan tiub melalui salur darah.

– Ubat jenis sembur yang tidak ditelan.

– Bius melalui suntikan kerana pembedahan.

– Dan lain-lain.

Contoh Rawatan Yang Membatalkan Puasa

– Menelan ubat samada pil atau cecair.

– Memasukkan umpama tiub melalui kerongkong.

– Menyedut inhaler kerana ia adalah cecair yang akan sampai kepada paru-paru.

– Memasukkan tiub atau ubat melalui lubang kemaluan lelaki.

– Memasukkkan tiub, teropong atau alat melalui faraj wanita
melepasi had batin.

– Memasukkan alat atau ubat ke dalam dubur.

– Dan lain-lain.

3. Sengaja Muntah

3. Sengaja Muntah

Sengaja muntah artinya seorang itu berusaha supaya dia muntah seperti dengan cara sengaja batuk acap kali atau sengaja batuk sekuat hati atau menjolok-jolok mulutnya supaya muntah olih sebab suatu hal.

Manakala arti termuntah atau tidak sengaja muntah ialah keluarnya muntah bukan dengan sebab diusahakannya seperti muntah kerana pening kepala atau naik kenderaan atau sakit atau sebab-sebab yang lain.

Sandaran pada masalah ini ialah hadith yang diriwayatkan olih Abu Hurairah r.a. katanya :

قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ مَنْ ذَرَعَهُ اَلْقَيْءُ فَلَا قَضَاءَ عَلَيْهِ, وَمَنْ اسْتَقَاءَ فَعَلَيْهِ اَلْقَضَاءُ رَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ

Artinya : “Telah bersabda Rasulullah saw : Barangsiapa yang termuntah maka tidak ada qadha atasnya dan barangsiapa yang sengaja muntah maka atasnya qadha.” (Hadith Ahmad, Abu Daud, Tirmizi & Ad-Darimi)

Maka siapa yang termuntah bukan dengan kesengajaannya dan usahanya maka puasanya tidak batal dan siapa yang sengaja muntah maka puasanya batal.

Apabila tidak batal puas seseorang maka tiadalah atasnya kewajipan qadha.

Dalam sebuah hadith Rasulullah saw menjelaskan :

مَنْ ذَرَعَهُ الْقَيْءُ فَلْيُتِمَّ عَلَى صَوْمِهِ ، وَلاَ قَضَاءَ عَلَيْهِ وَمَنْ قَاءَ مُتَعَمِّدًا فَلْيَقْضِ

Artinya : “Siapa yang termuntah maka teruskan puasanya dan tiada qadha atasnya dan siapa yang muntah dalam keadaan sengaja maka hendaklah dia qadha (yakni ganti puasanya).” (Hadith Daruqutni)

Dan apabila puasanya batal maka wajiblah atasnya melakukan qadha.

Yang dihukumkan batal puasa dengan sengaja muntah itu ialah apabila keluar muntahnya dari dalam perut ke mulutnya. Adapun seorang yang berusaha supaya muntah tetapi tidak keluar muntahnya maka tidaklah dihukumkan batal puasanya.

Seorang yang sengaja muntah tetapi muntahnya hanya sampai ke kerongkong sahaja tidak sampai ke mulut maka puasanya tidak batal.

Dan tidak disyaratkan sengaja muntah yang membatalkan puasa itu mesti menelan kembali muntah yang keluar tetapi sudah dikira batal sebaik sahaja keluar muntah dari dalam perutnya.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haithami :

فيفطر من استدعى القيء عامدا عالما مختارا وإن لم يعد منه شيء إلى جوفه لأنه مفطر لعينه لا لعود شيء
( المنهج القويم شرح المقدمة الحضرمية للهيتمي)

Artinya : “Maka membatalkan puasa siapa yang sengaja muntah lagi pula tahu dan tidak dipaksa dan dengan ikhtiar sekalipun tidak kembali suatu pun dari muntah itu ke dalam perutnya. Kerana ia membatalkan dengan semata-mata muntah itu bukan dengan sebab kembali suatu ke dalam perut.” (Kitab Minhajul Qawwim Syarah Muqaddimah Hadhramiyah)

Hukum sengaja muntah ialah haram dan berdosa kerana dikira sengaja membatalkan puasa. Tetapi jika seorang itu sengaja muntah kerana melepaskan sesuatu yang tersekat pada kerongkongnya atau kerana tertelan suatu yang merbahaya maka tidaklah berdosa kesengajaannya muntah itu dan puasanya tetap batal.

Seorang yang termuntah dengan bukan sengaja kemudian tertelan kembali sebahagian muntahnya bukan dengan sengaja maka tidak batal puasanya kerana masuk dalam hukum tersalah atau terlupa.

4. Jimak

4. Jimak

Siapa yang sedang berpuasa Ramadhan atau puasa wajib atau puasa sunat kemudian ia melakukan jimak maka batal puasanya.
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ

Artinya : “Telah dihalalkan bagi kamu semua pada malam hari berpuasa melakukan jimak dengan isteri-isteri kamu.” (Al-Baqarah : 187)

Sekalipun ada hubungan suami isteri Allah mengharamkan jimak ketika siang waktu sedang berpuasa. Siapa yang melakukannya adalah berdosa kerana melanggar larangan Allah dan membatalkan ibadah puasanya yang wajib.
Jimak yang membatalkan puasa ialah jimak yang sengaja. Olih itu jika jimak dengan sebab terlupa atau tersalah maka tidaklah membatalkan puasa dan tidak berdosa.

Kafarah

Bagi kesalahan melakukan jimak disiang hari puasa Ramadhan maka diwajibkan ke atas suami membayar kafarah.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :

بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلَكْتُ قَالَ مَا لَكَ قَالَ وَقَعْتُ عَلَى امْرَأَتِي وَأَنَا صَائِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَلْ تَجِدُ رَقَبَةً تُعْتِقُهَا قَالَ لَا قَالَ فَهَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تَصُومَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ قَالَ لَا فَقَالَ فَهَلْ تَجِدُ إِطْعَامَ سِتِّينَ مِسْكِينًا قَالَ لَا قَالَ فَمَكَثَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَيْنَا نَحْنُ عَلَى ذَلِكَ أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَقٍ فِيهَا تَمْرٌ وَالْعَرَقُ الْمِكْتَلُ قَالَ أَيْنَ السَّائِلُ فَقَالَ أَنَا قَالَ خُذْهَا فَتَصَدَّقْ بِهِ فَقَالَ الرَّجُلُ أَعَلَى أَفْقَرَ مِنِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ فَوَاللَّهِ مَا بَيْنَ لَابَتَيْهَا يُرِيدُ الْحَرَّتَيْنِ أَهْلُ بَيْتٍ أَفْقَرُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي فَضَحِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَدَتْ أَنْيَابُهُ ثُمَّ قَالَ أَطْعِمْهُ أَهْلَكَ

Artinya : “Sedang kami duduk-duduk di sisi Nabi saw tiba-tiba datang seorang lelaki lalu berkata : Wahai Rasulullah! Binasa aku.
Sabda Rasulullah : Apa berlaku atasmu?
Kata lelaki itu : Aku telah menjimak isteriku sedangkan aku berpuasa.
Sabda Rasulullah : Adakah kamu mempunyai hamba untuk dimerdekakan?
Kata lelaki itu : Tidak ada.
Sabda Rasulullah : Adakah kamu mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?
Kata lelaki itu : Tidak mampu.
Sabda Rasulullah : Adakah mampu kau beri makan enam puluh orang miskin?
Kata lelaki tiu : Tidak.
Lalu Rasulullah saw duduk disitu dan kami juga lalu dibawa datang kepada Rasululllah satu bekas dari kurma. Lalu Rasulullah bersabda : Mana lelaki yang bertanya tadi?
Kata lelaki itu : Saya Ya Rasulullah.
Sabda Rasulullah : Ambil kurma ini dan sedekahkan kepada orang faqir.
Kata lelaki itu : Demi Allah tidak ada keluarga yg lebih faqir dari keluarga aku.
Rasulullah ketawa mendengar itu sehingga nampak gigi-gigi geraham baginda. Kalau begitu engkau berilah makan kaum keluargamu.” (Hadith Bukhari)

Dalam hadith yang lain yang juga diriwayatkan odari Abu Hurairah r.a. ada menyebut ia berlaku ketika puasa Ramadhan.

قَالَ : إِنِّى وَقَعْتُ عَلَى أَهْلِى الْيَوْمَ وَذَلِكَ فِى رَمَضَانَ

Artinya : “Kata lelaki itu : Aku telah menjimak isteriku pada siang hari dan yang demikian itu pada bulan Ramadhan.” (Hadith Baihaqi)

Maka kafarah kesalahan jimak ketika sedang puasa Ramadhan ialah tiga perkara :

1. Memerdekakan hamba sahaya.

2. Berpuasa sebanyak dua bulan berturut-turut.

3. Memberi makan kepada enam puluh orang miskin.

Kafarah hendaklah dibayar dengan tertib yakni jika tidak mampu yang pertama barulah harus ia membayar dengan yang kedua.

Menurut ulamak-ulamak mazhab Syafie syarat diwajibkan membayar kafarah ialah dengan syarat-syarat berikut :

1. Dia berpuasa pada hari tersebut.

Maka jika dia tidak berpuasa pada hari itu seperti terlupa niat pada malamnya lalu melakukan jimak maka tidak kena kafarah sekalipun dia berdosa dengan jimaknya itu.

2. Dengan sengaja bukan terlupa atau tersalah kerana dikiaskan dengan hadith terlupa makan dan minum tidak membatalkan puasa.

3.Tidak ada paksaan.

4.Tahu tentang diharamkan jimak pada ketika puasa Ramadhan.
Jika tidak tahu ianya haram kerana baru memeluk Islam maka dimaafkan tiada kena kafarah.

5. Pada puasa Ramadhan sahaja. Tidak ada kafarah pada puasa wajib yang lain seperti puasa qadha atau nazar. Ini adalah kerana kewajipan kafarah ialah sebab menghurmati bulan Ramadhan.

6. Dia adalah orang yang wajib berpuasa. Maka tidak ada kafarah ke atas orang yang tidak wajib berpuasa seperti orang sakit atau musafir.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

7. Dia membatalkan puasanya dengan jimak tersebut. Adapun jika puasanya telah batal dengan sebab yang lain maka tidak dikenakan kafarah sekalipun berdosa ia dengan perbuatan jimaknya itu.

8. Melakukan jimak dalam keadaan rela. Maka suami yang dipaksa jimak olih isterinya dalam keadaan tidak rela maka tiada kena kafarah.

9. Benar-benar terjadi jimak yaitu tenggelam sekurangnya kepala zakar dalam faraj isterinya sekalipun sesaat sahaja dan sekalipun tidak keluar mani.

10. Berlaku kemasukkan zakar pada kemaluan sahaja yaitu faraj atau dubur. Tidak wajib kafarah jika selain kemaluan seperti pada mulut atau seumpamanya. Dan begitu juga tidak wajib kafarah dan tidak membatalkan puasa dengan hanya bersentuh zakar dan faraj. Dan tidak wajib kafarah dengan memasukkan selain zakar seperti jari, siku atau seumpamanya.

Masalah :

– Kafarah hanya diwajibkan membayar ke atas suami sahaja tidak wajib ke atas isteri sekalipun isteri yang memaksa suaminya.

– Jika suami menjimak isterinya dua atau tiga kali atau lebih tetapi pada hari yang sama maka dia hanya dikenakan satu kafarah sahaja.

– Jika suami menjimak isterinya pada setiap hari maka wajib atas suami membayar kafarah sebanyak satu kafarah untuk satu hari.

– Orang sedang melakukan jimak dekat waktu subuh kemudian masuk waktu subuh lalu dia berhenti maka sah puasanya dan tidak dikenakan kafarah.

– Jika sedar waktu subuh sudah masuk tetapi masih diteruskan jimak walau pun sesaat maka batal puasanya dan wajib membayar kafarah.

– Orang yang salah sangka bahawa waktu subuh belum masuk atau waktu maghrib sudah masuk lalu dia melakukan jimak maka tidak batal puasanya dan tidak dikenakan kafarah.

– Jika suami terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu melakukan jimak namun isterinya sedar sedang berpuasa tetapi isterinya mendiamkan sahaja sehingga selesai jimak maka isteri sahaja yang berdosa dan batal puasanya manakala suami tidak berdosa dan tidak batal puasanya dan tidak kena kafarah.

– Jika suami pula yang sedar sedang berpuasa manakala isterinya tidak sedar maka batal puasa suami tidak batal puasa isteri dan wajib atas suami kafarah.

– Kafarah hanya wajib dibayar olih suami tetapi tidak ada kafarah atas isteri. Isteri hanya wajib menqadha puasanya sehari sahaja yang batal itu.

Wallahua’lam

FP UAI Original

Fiqih Seputar Puasa – Ustadz Abdul Somad, Lc. MA

https://www.youtube.com/watch?v=2UNLmPFJoSg

Gallery for Fiqah Puasa dari Segi Erti, Syarat Wajib, Syarat Sah, Rukun dan Perkara Membatalkan Puasa