Hadith : Antara Kelebihan Ayam Berbanding Manusia

Antara Kelebihan Ayam Berbanding ManusiaDari Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi saw bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا
(متفق عليه)

Artinya : “Apabila kamu sekelian mendengar ayam berkokok maka mintalah kamu sekelian akan Allah Taala kurnia Nya, dari kerana sesungguhnya ayam itu telah melihat malaikat..”

Hadith di atas menunjukkan beberapa faedah :

1. Ayam adalah makhluk yang istimewa kerana bolih melihat malaikat. Manakala manusia tidak bolih melihat malaikat melainkan para Rasul.

2. Waktu ayam berkokok adalah setengah dari waktu yang diperintah kita berdoa kepada Allah Taala.

3. Berdoa meminta apa sahaja kurnia Allah samada di dunia atau di akhirat adalah harus samada dengan doa yang yang pernah dibaca olih Rasulullah saw atau tidak. Kerana hadith di atas tidak menetapkan bagaimana lafaz doa yang diperintah, terpulang kepada kita bagaimana yang kita mahu.

Wallahua’lam. FP UAI Original

Motivasi: Percakapan Antara Ayam dan Burung

 

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

error: Content is protected !!