Hadith : Tujuh Amalan Terus Berjalan Pahala

Tujuh Amalan Terus Berjalan PahalaRasulullah saw bersabda :

سَبْعٌ يَجْرِيْ لِلْعَبْدِ أَجْرُهُنَّ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ وَهُوَ فِي قَبْرِهِ: مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا، أَوْ أَجْرَى نَهْرًا، أَوْ حَفَرَ بِئْرًا، أَوَ غَرَسَ نَخْلًا، أَوْ بَنَى مَسْجِدًا، أَوْ وَرَثَ مُصْحَفًا، أَوْ تَرَكَ وَلَدًا يَسْتَغْفِرُ لَهُ بَعْدَ مَوْتِهِ.

Artinya : Tujuh perkara yang akan terus berjalan pahalanya bagi seorang hamba walau pun ia telah meninggal dunia dan berada di dalam kubur yaitu : siapa yang mengajarkan ilmu, mengalirkan sungai, menggali perigi, menanam pokok kurma, membina masjid, mewariskan mushaf dan meninggalkan anak yang beristighfar baginya sepeninggalannya. (Hadith al-Bazzar)

Faedah

Rasulullah saw menerangkan pada hadith di atas bahawa tujuh amalan yang kalau dikerjakan olih kita ketika hidup, akan terus mengalir pahalanya kepada kita walaupun kita sudah meninggal dunia yaitu :

1. Mengajar ilmu

Yang dimaksudkan dengan ilmu disini ialah segala ilmu yang memberikan kebaikkan kepada manusia samada ilmu agama atau ilmu dunia.

Nabi Muhammad saw bersabda :

إن الله وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السماوات وَالْأَرَضِينَ حتى النَّمْلَةَ في جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ على مُعَلِّمِ الناس الْخَيْرَ
Artinya : Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya dan penduduk di langit dan bumi sehinggakan semut di dalam sarangnya dan ikan di lautan akan mendoakan (kebaikan) bagi orang yang mengajar manusia ilmu kebaikan ” (Hadith Tirmizi).

Maka siapa yang pernah mengajar kepada manusia yang lain ilmu agama sekalipun sedikit seperti hanya mengajar seorang membaca bismillah maka pahalanya akan berterusan sampai ke akhirat. Begitu juga dengan ilmu dunia yang memberi menafaat seperti ilmu kedoktoran dan sebagainya.

2. Mengalirkan air sungai.

Maksudnya menggali apa sahaja yang akan berlari air padanya samada sungai, parit atau saliran kerana ramai yang akan mendapat menafaat air tersebut samada manusia atau haiwan.

Saad bin Ubadah ra pernah bertanya kepada Rasulullah saw yang artinya :

“Wahai Rasulallah, sedekah apa yang paling utama?
Baginda menjawab : “Memberi air.” (Hadith Abu Daud).

3. Menggali perigi.

Maksudnya membuat perigi untuk orang ramai menggunakannya dan termasuk juga orang yang bekerja menyediakan bekalan air paip atau seumpamanya sehingga dapatlah orang ramai minum atau menggunakan air tersebut untuk berwuduk, mandi, membasuh pakaian dan seumpamanya.

4. Menanam pokok kurma

Termasuk pokok kurma ialah segala jenis pokok-pokok yang berbuah yang bolih dimakan atau sayuran dan lain-lain. Maka apabila buahnya dimakan olih manusia atau haiwan maka orang yang menanamnya akan mendapat pahala sekalipun telah berada di alam barzakh.

Dalam sebuah hadith Nabi saw bersabda yang artinya :

“Tidak ada seorang Islam yang menanam pohon atau menanam tanaman, lalu burung memakannya atau manusia atau haiwan, kecuali ia akan mendapat pahala sedekah kerananya.” (Hadith Bukhari)

5. Membina Masjid

Termasuk juga dengan kata masjid ialah segala banggunan yang digunakan untk perkara-perkara akhirat seperti surau, madrasah, pondok pengajian, rumah anak yatim, rumah orang-orang msikin dan seumpamanya.

6. Mewariskan Al-Quran

Maksudnya menghadiakan atau mewakafkan atau menyediakan mushaf Al-Quran untuk dibaca olih orang ramai atau untuk dipelajari. Termasuk mushaf Al-Quran ialah kitab-kitab agama seperti kitab hadith, feqah, tafsir dan lain-lain.

7. Istighfar Kepada orang Tuanya

Maksudnya anak-anak yang meminta ampun kepada Allah untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia. Kedua ibu bapanya yang sudah meninggal dunia itu akan mendapat menafaat dan faedah dari istighfar yang dibaca olih anak-anaknya yang masih hidup.

Termasuk juga amalan-amalan lain seperti berdoa, bersedekah dan amal-amal solih yang lain.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam. FP UAI Original

7 Perkara Pahala Berterusan l Ustaz Fawwaz Muhd Jan

error: Content is protected !!