Hudud 100 Rotan Hukum yang Zalim

Hudud 100 Rotan Hukum yang ZalimSoal :

Baru-baru ini seorang bekas pemimpin berkata hukum hudud 100 kali sebat itu adalah zalim. Hukum ini adalah tidak benar. Hukum ini menyuruh membunuh orang. Apakah sebenarnya hukum 100 pukulan ini adalah hukum Islam atau rekaan manusia? Dan apakah kesan kepada orang yang berkata seperti itu?

Jawab :

Firman Allah swt :

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ

Artinya : “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka hendaklah kamu sebat setiap seorang darinya akan seratus sebatan. Janganlah sebab rasa kasihan dengan keduanya maka kamu tidak menjalankan hukum agama jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (An-Nur : 2)

Jelas dari ayat ini hukum sebat 100 pukulan adalah hukum yang diwajibkan olih Allah. Ia bukan hukum ciptaan manusia.

Kesan yang terjadi kepada orang yang mengucapkan perkataan seperti di atas jika dalam keadaan sedar dan tahu maka dia telah murtad. Jika tidak tahu maka dia tidak murtad tetapi berdosa kerana bercakap perkara yang dia tidak tahu. Dan jika sudah diberitahu tetapi dia degil dan tetap berkata seperti itu maka dia dikira murtad.

Allah sama sekali tidak zalim dan tetapi orang yang mengatakan hukum Allah itu zalim maka dia sebenarnya orang yang zalim.

Firman Allah :

إِنَّ اللّهَ لاَ يَظْلِمُ النَّاسَ شَيْئاً وَلَـكِنَّ النَّاسَ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Artinya : “Sungguhnya Allah tidak menzalimi akan manusia sedikit pun tetapi manusia yang zalim pada diri sendiri.” (Yunus : 44)

Olih itu kita sebagai umat Islam jangan sekali-kali kita berani menyebelahi orang yang zalim kerana diakhirat nanti akan mendapat azab siksa.

Firman Allah :

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

Artinya : “Dan jangan kamu cenderung membenarkan orang-orang yang zalim. Pasti nanti kamu akan diazab di dalam neraka. Dan tiada bagi kamu lagi penolong selain Allah kemudian kamu tidak akan ditolong.” (Hud : 113)

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam. FP UAI Original

Mantan PM Cakap “Hukum Hudud Rotan 100 Kali Zalim” Cakap Gitu MURTAD – Ustaz Azhar Idrus 2018

error: Content is protected !!