Hukum Amalan Sedekah Pisang Pada Hari Jumaat

hukum sedekah pisang hari jumaatSoal :

Apakah hukumnya amalan sebahagian masyarakat melayu yang bersedekah dengan pisang atau nasi lemak di kuburan kepada setiap orang yang datang berziarah pada hari jumaat? Adakah benar perkataan orang yang menghukumnya sebagai bidaah?

Jawab :

Hendaklah diketahui bahawa perbuatan sedekah ialah termasuk membelanjakan harta ke jalan Allah dan merupakan amalan yang sangat besar kelebihannya yang disuruh di dalam Quran dan Hadith. Orang yang bersedekah ialah orang-orang yang berbuat baik di sisi Allah.

Firman Allah :

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

artinya : “Dan belanjalah harta kamu pada jalan Allah dan jangan kamu binasakan diri kamu dan berbuat baiklah kerana Allah suka kepada orang-orang yang berbuat kebaikkan.” (Al-Baqarah : 195)

Jelas pada ayat ini Allah menyuruh bersedekah dan orang yang suka bersedekah ialah orang yang Allah suka.

Orang yang bersedekah akan mendapat naungan pada hari kiamat dengan sedekahnya itu.

Sabda Rasulullah saw :

ظِلُّ الْمُؤْمِنِ يَوْمَ الْقِيَمَةِ صَدَقَتُهُ.

artinya : “Naungan orang mukmin pada hari kiamat nanti adalah sedekahnya.” (Hadith Ibnu Khuzaimah)

Manakala hari jumaat pula adalah hari yang paling baik dalam seminggu dan mempunyai kelebihan dibandingkan dengan hari-hari yang lain.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

.خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ

artinya : “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari jumaat…” (Hadith Muslim)

Maka siapa yang bersedekah pada hari jumaat dia telah mendapat dua kelebihan yaitu kelebihan sedekah memebri makan kepada manusia dan kelebihan berbuat kebaikkan pada hari jumaat.

Ketika ditanya apakah amalan yang sangat baik dalam Islam maka Rasulullah saw bersabda :

تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

artinya : “Kamu berikan makanan dan kamu ucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang kamu tidak kenal.” (Hadith Bukhari)

Dan yang bersedekah pisang atau nasi lemak sebagaimana dalam soalan telah mendapat kedua-dua kelebihan tersebut. Bersedekahlah dimana sahaja dan bila masa sahaja tetap mendapat pahala dan ganjaran yang besar samada hari jumaat atau hari yang lain dan samada di kubur atau dimana sahaja.

Firman Allah :

Al-Baaqarah: 274

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ

artinya : “”Orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada malam dan siang dan pada ketika tersembunyi atau terang maka dapat bagi mereka pahala dari sisi Tuhan mereka. Tiadalah mereka akan merasa bimbang lagi dan tiada akan berdukacita lagi.” (Al-Baqarah : 274)

Yang dikira di sisi Allah dalam bersedekah bukanlah nama buah atau nama barangan tetapi niatnya dan menafaatnya.

Daripada Abu Hurairah r.a. dia berkata : Rasulullah saw telah bersabda :

مَنْ تَصَدَّقَ بِعَدْلِ تَمْرَةٍ مِنْ كَسْبٍ طَيِّبٍ وَلاَ يَقْبَلُ اللهُ إِلاَّ الطَّيِّبَ، وَإِنَّ اللهَ يَتَقَبَّلُهَا بِيَمِينِهِ ثُمَّ يُرَبِّيهَا لِصَاحِبِهِ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ فَلُوَّهُ حَتَّى تَكُونَ مِثْلَ الْجَبَلِ.

artinya : “Barangsiapa bersedekah dengan hanya nilai sebiji kurma dari harta yang baik kerana Allah hanya menerima yang baik maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan baik kemudian Allah akan suburkan sedekahnya bagi tuannya sebagaiaman menternak seorang kamu akan haiwan hingga jadi banyak seperti bukit.” (Hadith Bukhari)

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Kesimpulan Hukum Sedekah Pisang Hari Jumaat

  • Sedekah adalah termasuk membelanjakan harta di jalan Allah yang dijanjikan dengan banyak kelebihan di dunia dan di akhirat.
  • Hari jumaat adalah hari yang paling baik dalam Islam.
  • Bersedekah pada hari apa sahaja yang kita mahu adalah harus dan berpahala.
  • Bersedekah pada hari jumaat lebih afdhal dari hari yang lain.
  • Bersedekah pada waktu mana pun dibolihkan samada siang atau malam dan samada ketika tersembunyi atau terang.
  • Bersedekah tidak ditetapkan dengan tempat. Bolih di mana sahaja samada di masjid, di pasar, di kubur, di pekan atau di mana sahaja.
  • Bersedekah tidak ditetapkan jenis harta tetapi bebas sahaja kita bersedekah dengan yang memberi menafaat samada wang atau harta benda dan samada kurma atau pisang dan samada nasi lemak atau nasi tiada lemak asalkan ia halal dan niat yang ikhlas.
  • Perkataan orang yang mengatakan tidak bolih bersedekah pada hari jumaat itu adalah perkataan yang salah manakala orang yang mengatakan bidaah sedekah pisang kepada orang yang ziarah kubur itu adalah orang-orang yang bodoh yang dilarang olih agama mengikut perkataannya.

wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus Sedekah vs Wakaf

error: Content is protected !!