Hukum Baca Surah Al-Quran 7 Kali Selepas Solat Jumaat

Hukum Baca Surah Al-Quran 7 Kali Selepas Solat Jumaat

Hadith :

عَن عاَئِشَةَ أَنَّ النَّبِيِّ قَالَ : ( مَنْ قَرَأ بَعْدَ صَلاةِ الجمعة ) قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ (الاخلاص) وقُلْ أَعُوذُ بربَّ الفَلَقِ (الفلق) وقَلْ أَعُوذُ بَربَّ

artinya : Sungguhnya Nabi saw telah bersabda : “Barang siapa yang membaca surat Al-Ikhlash, Al-Falaq dan An-Nas masing-masing tujuh kali maka Allah akan melindunginya dari keburukkan hingga hari Jumat yang lain.” (Hadith Ibnu Sunni)

Hadith tersebut sanadnya dhaif tetapi bolih diamalkan kerana jumhur ulama mengharuskan beramal dengan hadith yang dhaif selama bukan hadith munkar dan bukan hadith palsu.

Berkata Imam Nawawi :

قال العلماء من المحدثين والفقهاء وغيرهم : يجوز ويستحب العمل في الفضائل والترغيب والترهيب بالحديث الضعيف ما لم يكن موضوعا

artinya : Telah berkata olih para ulama dari kalangan ulama hadith dan ulama fiqh : “Harus bahkan dibilang elok beramal dengan hadith-hadith yang dhaif dalam hal fadhilat, targhib dan tarhib asalkan bukan hadith yang palsu.” (Kitab Al-Azkar)

Kesimpulan Mengenai Hukum Baca Surah Al-Quran 7 Kali Selepas Solat Jumaat

  • Harus membaca surah-surah tertentu daripada Al-Quran selepas solat jumaat sebagaimana terkandung pada hadith diatas.
  • Harus juga membaca surah-surah yang lain yang tidak datang di dalam mana-mana hadith asalkan tidak mengiktikadkan ia adalah amalan Rasulullah saw dan tidak menjadikannya sebagai satu suruhan syara’ yang khusus.
  • Membaca zikir yang datang dalam hadith-hadith yang sahih atau hasan adalah lebih afdhal.
  • Harus beramal dengan hadith-hadith dhaif untuk mendapat fadhilat-fadhilatnya.
  • Orang yang berkata hadith dhaif sama dengan hadith palsu adalah orang yang jahil tidak bolih dipakai perkataannya kerana akan merosakkan syariat Islam.

wallahua’lam -FP UAI Original

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Baca Al Fatihah, 3 Qul 7 Kali Selepas Solat Jumaat

error: Content is protected !!