Hukum Basuh Kentut Fatwa Syeikh Athiyah Saqr Ketua Lajnah Fatwa Universiti Al-Azhar Mesir

Hukum Basuh Kentut Fatwa Syeikh Athiyah Saqr Ketua Lajnah Fatwa Universiti Al-Azhar Mesir
Soal : 

Adakah wajib basuh dari sebab angin yang keluar dari dubur?

Jawab :

Disyariatkan istinjak yakni membasuh bagi menghilangkan najis yang keluar dari dua kemaluan yaitu qubul dan dubur dan yaitu kencing dan berak dan yang semakna hukum dengan keduanya daripada suatu yang cair dan yang keras.

Dan angin yang keluar dari dubur bukanlah najis maka tidaklah wajib bersitinjak daripadanya. Ini adalah sekira-kira tiada datang nas padanya. Dan kerana ia adalah kebiasan yang sering berlaku dan kerana tiada hingga apa yang terkena darinya pada tubuh dan pakaian.

Bahkan berkata sebahagian ulama dengan makruh bersitinjak darinya. Dan agama itu adalah mudah. Maka jikalau keluar angin kemudian dari istinjak tidak lagi perlu istinjak kali yang kedua sekalipun adalah tempat tersebut sentiasa basah.

Tersebut pada Kitab al-Iqna’ bagi Khatib Syarbini nasnya :

“Berkata Al-Mawardi dan lainnya ijmak atas tiada wajib membasuh dari sebab tidur dan kentut.”

Berkata Ibnu Rif’ah :

“Tidak membezakan olih Ashab antara bahawa adalah tempat tersebut basah atau kering dan jikalau dikata dengan wajibnya apabila tempat itu basah maka tidaklah jauh sebagaimana dikata dengannya pada masalah asap najis. Dan ini adalah tertolak.”

Maka sungguh telah berkata Al-Jurjani :

“Sungguhnya yang demikian itu adalah makruh. Dan telah menjelaskan olih Syeikh Nasir Al-Maqdisi dengan berdosa pelakunya. Dan yang zahir ialah perkataan Al-Jurjani.”

Dan tersebut pada kitab Mughni Ibnu Qudamah nasnya :

“Dan tidaklah atas yang tidur atau kentut itu istinjak. Dan tiada kami ketahui pada ini akan khilaf.”

Berkata Abu Abdillah :

“Tiada pada kentut itu istinjak di dalam Al- Quran dan tiada pada hadith Rasul-Nya. Hanya wajib atasnya wudhuk. Dan sanya telah diriwayatkan dari Nabi saw “Barangsiapa membasuh dari kentut maka dia bukanlah dari perbuatan kami.” (Hadith At-Thobrani) kepada bahawa berkata sungguhnya istinjak itu hanya disyariatkan bagi menghilangkan najis dan tidak ada najis pada masalah ini yakni masalah kentut dan tidur.”

sumber :Kitab Ahasanil Kalam m.s. 47

Kesimpulan :

– Tidak wajib membasuh dubur sebab kentut dan amalan membasuh dubur sebab kentut adalah makruh.

– Tidak wajib istinjak sebab bangun dari tidur hanya wajib mengambil wudhuk sahaja.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam. FP UAI Original

Hukum Menahan Kentut Ketika Solat – Ustaz Azhar Idrus

error: Content is protected !!