Hukum Berdoa Selepas Baca Fatehah Sebelum Berkata Amin

Hukum Berdoa Selepas Baca Fatehah Sebelum Berkata Amin

Diriwayatkan daripada sahabat yang bernama Wa’il bin Hujr r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasulullah saw ketika baginda membaca :

غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

baginda menyebut selepasnya :

ربِّ اغفرْ لي

kemudian berkata :

آمين

(Hadith Hasan riwayat Al-Baihaqi dan At-Thabarani)

Sebahagian ulama-ulama fiqh mazhab Syafie mengharuskan amalan membaca doa sebelum menyebut Amin ini didalam kitab-kitab mereka seperti I’anat At-Thalibin, Hasyiah Jamal,
Hasyiah Syirwani dan Hasyiah Bujairimi.

Imam Ibn al-Jazari ra berkata amalan ini adalah termasuk sunnah di dalam Kitab al-Hisnul Hasan.

Kesimpulan Mengenai Isu Hukum Berdoa Selepas Baca Fatehah Sebelum Berkata Amin

– Harus membaca dengan suara perlahan doa ربِّ اغفرْ لي selepas membaca غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ sebelum membaca آمين ketika membaca surah Al-Fatehah.

– Jika tidak membacanya maka tidak menjadi sebarang kesalahan kerana ia adalah sunat sahaja bukannya wajib.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

wallahua’lam -FP UAI Original

Al-Fatihah Dalam Solat, Baca ‘Rabbighfirli’ Sebelum ‘Amin’

error: Content is protected !!