Hukum Berkata Sadaqallahul 'Azhim Ketika Membaca Quran

Hukum Berkata Sadaqallahul ‘Azhim Ketika Membaca Quran

12 views

Hukum Berkata Sadaqallahul 'Azhim Ketika Membaca Quran

Berkata Syeikh Dhiya’ Al-Misri :

ويستحب للقارىء إذا انتهت قراءته أن يصدق ربه ويشهد بالبلاغ لرسوله صلى الله عليه وسلم ويشهد على ذلك أنه حق فيقول: صدق الله العظيم، وبلغ رسوله الكريم، ونحن على ذلك من الشاهدين.

artinya : “Disunatkan bagi pembaca Al-Quran apabila dia telah selesai bacaannya bahawa dia membenarkan Tuhannya dan bersaksi atas Rasulullah saw telah pun menyampaikan dan bersaksi bahawa Quran itu adalah benar. Maka berkatalah dia : Sadaqallahul ‘Azhim, Wa balagha Rasuluhul Karim, wa nahnu ‘ala dzalika minasy syahidin (Telah benarlah Allah yang maha agung. Dan telah menyampaikannya kepada kami olih Rasul yang mulia dan kami atas yang demikian itu dari kalangan orang-orang yang menjadi saksi.)” (Fathul Manan)

Telah menyebut olih Imam Al-Qurtubi :

” وفى السماء رزقكم وما توعدون ” فإنا نقول: صدق الله العظيم، وصدق رسوله الكريم”

artinya : “Dan di langit Dia memberikan rezeki kepada kamu semua, dan apa-apa yang dijanjikan kepada kamu semua. Maka sungguhnya kami berkata : Sadaqallahul ‘Azhim wa sadaqa Rasul al-Karim.” (Tafsir al-Qurtubi)

Berkata Syeikh Ramli :

لَوْ قَالَ صَدَقَ اللَّهُ الْعَظِيمُ عِنْدَ قِرَاءَةِ شَيْءٍ مِنْ الْقُرْآنِ قَالَ م ر يَنْبَغِي أَنْ لَا يَضُرَّ

artinya : “Jikalau seorang berkata Sadaqallahul ‘Azhim ketika membaca sebahagian dari Al-Quran, berkata Imam Rafi’e maka itu tidak mengapa.” (Nihayatul Muhtaj)

Syaikh Athiyah Saqr Ketua Lunah Fatwa Universiti Al-azhar berkata :

وقول “صدق الله العظيم ” من القارى أو من السامع بعد الانتهاء من القراءة ، أو عند سماع آية من القراَن ليس بدعة مذمومة، أولا لأنه لم يرد نهى عنها بخصوصها، وثانيا لأنها ذكر لله والذكر مأمور به كثيرا ، وثالثا أن العلماء تحدثوا عن ذلك داعين إليه كأدب من آداب قراءة القرآن ، وقرروا أن قول ذلك فى الصلاة لا يبطلها، ورابعا أن هذه الصيغة أو قريبا منها ورد الأمر بها فى القرآن ، وقرر أنها من قول المؤمنين عند القتال .

قال تعالى : {قل صدق الله فاتبعوا ملة إبراهيم حنيفا} آل عمران :95 ، وقال {ولما رأى المؤمنون الأحزاب قالوا هذا ما وعدنا الله ورسوله وصدق الله ورسوله } الأحزاب : 22 ، وذكر القرطبى في مقدمة تفسيره أن الحكيم الترمذى تحدث عن آداب تلاوة القراَن الكريم وجعل منها أن يقول عند الانتهاء من القراءة : صدق الله العظيم أو أية عبارة تؤدى هذا المعنى .

وجاء فى فقه المذاهب الأربعة ، نشر أوقاف مصر، أن الحنفية قالوا : لو تكلَّم المصلى بتسبيح مثل . صدق اللّه العظيم عند فراغ القارئ من القراءة لا تبطل صلاته إذا قصد مجرد الثناء والذكر أو التلاوة ، وأن الشافعية قالوا : لا تبطل مطلقا بهذا القول ، فكيف يجرؤ أحد فى هذه الأيام على أن يقول : إن قول :
صدق الله العظيم ، بعد الانتهاء من قراءة القرآن بدعة؟ أكرر التحذير من التعجل فى إصدار أحكام فقهية قبل التأكد من صحتها ، والله سبحانه وتعالى يقول :{ولا تقولوا لما تصف ألسنتكم الكذب هذا حلال وهذا حرام لتفتروا على الله الكذب إن الذين يفترون على الله الكذب لا يفلحون } النخل :116

artinya : “Dan perkataan “Sadaqallahu Al ‘Azhim” yang diucapkan oleh pembaca Al-Quran atau oleh pendengar selepas selesai membaca atau mendengar ayat-ayat Al-Quran, bukanlah bid’ah yang dilarang kerana :

1- Tidak ada satupun dalil khusus yang melarangnya.

2- Perkatan tersebut adalah termasuk zikir kepada Allah yang banyak kita disuruh dengnnya.

3- Para ulama menjadikannya sebagai salah satu daripada adab ketika membaca Al-Quran. Bahkan para ulama menetapkan jika ia dilafazkan dalam sembahyang ia tidak membatalkan sembahyang.

4- Lafaz ucapan tersebut atau yang seumpamanya telah datang perintah dalam Quran dengannya serta merupakan ucapan orang mukmin di waktu peperangan.

Firman Allah Taala :

قل صدق الله فاتبعوا ملة إبراهيم حنيفا

artinya : Katakanlah: “Telah benarlah Allah (pada semua firmanNya). Maka ikutlah olih kamu semua akan agama Ibrahim yang lurus.”(Ali Imran: 95)

Dan firman Allah Taala :

ولما رأى المؤمنون الأحزاب قالوا هذا ما وعدنا الله ورسوله وصدق الله ورسوله

artinya : Dan ketika orang-orang mukmin melihat tentera bersekutu itu, mereka berkata : “Inilah yang telah dijanjikan olih Allah dan Rasul-Nya kepada kita. Telah benarlah Allah dan Rasul-Nya. (Al-Ahzab : 22)

Berkata Imam Al-Qurthubi dalam muqaddimah kitab tafsirnya bahawa menurut Imam al-Hakim dan Imam At-Tirmidzi mengucapkan perkataan sadaqallahu al-azhim setelah selesai membaca Al-Quran merupakan salah satu adab membaca Al-Quran.”

“Tersebut dalam fiqah empat madzhab yang telah tersebar di Mesir, bahwa kalangan Fuqahak Hanafiyah mengatakan jika orang yang solat memuji Allah Ta’ala dengan mengucapkan sadaqallah Al ‘Azhim setelah pembaca selesai membaca Al-Quran, maka tidak membatalkan solatnya jika dia memang bermaksud memuji atau zikir atau tilawah. Sedangkan Fuqahak Syafi’iyah mengatakan ucapan tersebut secara mutlak tidak membatalkan solat. Lalu bagaimana bolih seseorang pada zaman ini mengatakan : Membaca Sadaqallahul ‘Azhim setelah selesai membaca Al Quran adalah bid’ah? Apakah mesti diulang-ulang amaran tentang sikap tergesa-gesa mengeluarkan hukum fiqih sebelum menguatkan kebenarannya?

Allah Ta’ala berfirman :

ولا تقولوا لما تصف ألسنتكم الكذب هذا حلال وهذا حرام لتفتروا على الله الكذب إن الذين يفترون على الله الكذب لا يفلحون

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

artinya : “Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram” untuk mengada-adakan pembohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan pembohongan terhadap Allah tiadalah akan beruntung mereka itu”. (An Nahl : 116). (Fatawa Al-Azhar)

Wallahua’lam. FP UAI Original

Dalil Membaca Sadaqaullahul’adzim sehabis membaca Al Qur’an By Ustd. Khalid Basalamah