Hukum Bersumpah Kufur

Hukum Bersumpah KufurSUMPAH KUFUR
FATWA SYEIKH ATHIYAH SAQR
KETUA LAJNAH FATWA UNIVERSITI AL-AZHAR

Soal :

Apakah hukumnya seorang yang bersumpah berkata : Jadilah aku atas selain agama Islam jika aku berbuat seperti itu?

Jawab :

Berkata Imam Nawawi pada kitab Al-Azkar :

Haram bahawa berkata olih seseorang : Jika aku berbuat seperti itu maka aku yahudi atau nasrani atau aku berlepas diri dari Islam atau seumpama yang demikian itu.

Maka jika dia berkata demikian dan bermaksud akan sebenar membuat takliq maka keluar ia dari agama Islam dengan demikian perkataan. Jadilah ia kafir pada ketika itu juga. Dan berlakulah atas dirinya hukum orang-orang murtad.

Dan jika bukan begitu maksudnya maka tidaklah menjadi kafir tetapi dia telah melakukan suatu yang diharamkan. Maka wajib atasnya bertaubat dengan bahawa berhenti ketika itu juga dari perbuatan derhakanya itu. Dan hendaklah dia menyesal atas apa yang dia telah berbuat. Dan berazam atas tidak kembali melakukannya selama-lamanya. Dan meminta ampun kepada Allah Taala dan berkata : Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.

Wallahua’lam

Rujukan : Kitab Ahsanul Kalam

FP UAI Original.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Hukum BERSUMPAH Akan Perkara WAJIB – Ustaz Azhar Idrus

 

error: Content is protected !!