Hukum Lambang Bulan Sabit Pada Kubah Masjid

Hukum Lambang Bulan Sabit Pada Kubah MasjidBiasa kita lihat pada kubah-kubah masjid dan surau ada diletakkan lambang bulan sabit atau bulan sabit dengan bintang.

Menurut ahli sejarah orang yang pertama kali memasang bulan sabit di atas kubah masjid ialah Sultan Hasan bin Sultan Malik Nasir Muhammad Qulun pada abad ke 8H.

Didalam kitab At-Taratib Al-Idariyah Syaikh Abdul Hayyi Al-Kattani Al-Maghribi menerangkan asal usul pemasangan bulan sabit pada kubah masjid. Beliau menyebut riwayat dari Ibnu Yunus bahawa Sa’ad bin Malik al-Azdi membawa bendera kaumnya yang berwarna hitam yang terdapat padanya gambar bulan sabit berwarna putih.

Pada zaman pemerintahan Umar Al-Khattab umat islam mencetak wang dengan gambar bukan sabit.
Di Baitul Maqdis orang-orang Islam menggunakan mata wang yang dibuat dari tembaga dan dicetak pada salah satu sisinya kalimah ‘Muhammadur Rasulullah’ dan gambar pedang manakala pada sisi yang satu lagi perkataan Palestin dan bulan sabit (Al-Mufashal fi Tarikh al-Quds).

Hukumnya Di Sisi Ulama

Pendapat yang pertama meletak bulan sabit di atas kubah tidak ada contohnya di masa hidup Rasulullah saw dan baginda tidak memasangnya pada masjid baginda.

Pendapat yang kedua penggunaan bulan sabit di atas kubah tidaklah tercela atau dilarang. Dan meletakkannya bukanlah satu kemestian dan lagi ia bukan termasuk perkara ibadah atau mendekatkan diri kepada Allah swt.

Berkata Syeikh Mahmud Mushthafa didalam kitab Ahkamul Masjid fis-Syari’ah Al-Islamiyah takrir (tidak melarang) Nabi saw pada bendera yang bergambar bulan sabit milik Sa’ad bin Malik menunjukkan bahwa hal ini adalah sesuatu perkara yang tidak menjadi kesalahan. Demikian pula persetujuan Sayyidina Umar r.a. dan kaum muslimin sekeliannya terhadap cetakan gambar bulan sabit pada wang dari tembaga di zaman Khalifah Umar r.a. menunjukkan bahwa penggunaannya adalah diharuskan.

Kesimpulan

  • Penggunaan simbol bulan sabit atau bulan sabit serta bintang pada kubah masjid, bendera atau wang bukanlah suatu kemestian.
  • Sebahagian ulama melarang penggunannya manakala sebahagian ulama membenarkannya.
  • Siapa yang mahu meletakkannya maka tidak menjadi kesalahan dan siapa yang tidak meletakkanya juga tidak menjadi kesalahan.

Wallahua’lam. FP UAI Original.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Hukum Pijak Simbol Bulan & Bintang Pada Bendera – Ustaz Azhar Idrus

error: Content is protected !!