Hukum Mengenai Air Bekas Jilatan Kucing

Hukum Mengenai Air Bekas Jilatan Kucing

11 views

Hukum Mengenai Air Bekas Jilatan Kucing

Daripada Kabsyah binti Ka`ab bin Malik Rahimahullahu Taala :

أَنَّ أَبَا قَتَادَةَ دَخَلَ عَلَيْهَا – ثُمَّ ذَكَرَتْ كَلِمَةً مَعْنَاهَا – فَسَكَبْتُ لَهُ وَضُوءًا، فَجَاءَتْ هِرَّةٌ فَشَرِبَتْ مِنْهُ، فَأَصْغَى لَهَا الْإِنَاءَ حَتَّى شَرِبَتْ. قَالَتْ كَبْشَةُ: فَرَآنِي أَنْظُرُ إِلَيْهِ فَقَالَ: أَتَعْجَبِينَ يَا ابْنَةَ أَخِي؟ فَقُلْتُ: نَعَمْ. قَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ، إِنَّمَا هِيَ مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ

Maksudnya: “Sungguhnya Aba Qatadah telah masuk menemuinya. Berkata olih Kabsyah akan perkataan : “Aku telah menuangkan air baginya akan air wuduk. Maka datang seekor kucing lalu meminum daripada air tersebut. Abu Qatadah kemudian mengiringkan bekas air tersebut sampai kucing tersebut dapat minum.” Kabsyah berkata lagi : “Abu Qatadah sedar bahawa aku sedang memerhatikannya maka dia pun berkata : “Adakah engkau terkejut wahai puteri saudaraku?” Aku menjawab : “Ya”. Abu Qatadah berkata : “Sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda: ” Sungguhnya ia (kucing) itu tidak najis. Hanya sanya kucing merupakan haiwan yang selalu berkeliaran di sekeliling kamu.” (Hadith Abu Daud & Tirmizi)

Berkata Imam Nawawi :

ومذهبنا أن سؤر الهرة طاهر غير مكروه وكذا سؤر جميع الحيوانات من الخيل والبغال والحمير والسباع والفار والحيات وسام أبرص وسائر الحيوان المأكول وغير المأكون فسؤر الجميع وعرقه طاهر غير مكروه الا الكلب والخنزير وفرع أحدهما

Maksudnya : “Dan madzhab kami (Syafi’iyah) bahawasanya air bekas minum kucing itu suci dan tidak makruh. Dan seperti demikian juga air bekas semua binatang-binatang lainnya seperti kuda, baghal, keldai, binatang buas dan tikus samada bolih dimakan atau tidak bolih dimakan maka air bekas minum dan peluhnya adalah suci dan tidak makruh melainkan anjing dan babi dan keturunan dari keduanya (yakni najis).” (Al-Majmu’ Syarah Muhazzab)

Wallahua’lam. FP UAI Original

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Bulu Kucing,Najis Atau Tidak-Ustaz Zulkifli Ahmad