Hukum Penyakit Gila Share Facebook dan Mabuk Printscreen

Hukum Penyakit Gila Share Facebook dan Mabuk Printscreen

15 views

Hukum Penyakit Gila Share Facebook dan Mabuk PrintscreenMenyampaikan dan berkongsi maklumat yang berfaedah dan benar adalah satu anjuran dalam agama. Sebaliknya menyampaikan atau berkongsi suatu maklumat yang palsu dan batil adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa pelakunya.

Ini bolih dilihat setiap hari pada media sosial seperti facebook, whatsap dan lain-lain. Status atau cerita palsu, yang tidak diketahui benar atau salah, berunsur fitnah, mencaci maki dan menjatuhkan maruah sangat banyak disebarkan. Yang peliknya ia dilakukan olih orang-orang Islam dan inilah yang lebih banyak mendapat sokongan dan pujian. Ini semua adalah tanda ketiadaan iman di dalam hati dan penyakit jiwa yang kronik.

Cerita-cerita bohong dan jahat tersebut bertambah meluas samada dengan cara dikongsikan atau melalui printscreen yang disebarkan dan sebagainya. 

Benar atau tidak, dosa atau pahala tidak menjadi keutamaan lagi. Yang penting siapa yang mulakan cerita dianggap hebat dan siapa yang lebih awal kongsikannnya adalah dianggap cerdas. Maka dosa bukan sahaja dipikul olih orang yang memulakannya tetapi dipikul sama olih siapa yang berkongsi.

Mereka Adalah Penipu

Daripada Hafas bin ‘Asim r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Artinya : “Cukuplah seseorang itu dikira penipu dengan menceritakan semua yang dia dengar.” (Hadith Muslim)

Mereka Adalah Ahli Dosa

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ.

Artinya : “Cukuplah seorang itu dikira berdosa dengan menceritakan semua yang dia dengar.” (Hadith Abu Daud)

Mereka Adalah Ahli Neraka

Firman Allah :

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Artinya : “Sungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan keburukkan pada diri orang-orang beriman maka bagi mereka ini azab yang sangat pedih di dunia dan di akhirat.” (An-Nuur : 19)

Wallahua’lam. FP  UAI Original

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

KeBODOHan Di Facebook – Ustaz Azhar Idrus

https://www.youtube.com/watch?v=x5eMG1UXDPk