Hukum Persendakan Syariat Islam

Hukum Persendakan Syariat IslamOrang yang mengatakan siapa yang mengikut syariat Islam itu adalah bodoh sebenarnya merekalah orang-orang yang bodoh.

Allah berfirman :

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ أَلا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لَا يَعْلَمُونَ .

artinya : Apabila dikatakan kepada mereka : ”Percayalah kamu sekelian (kepada Allah dan agama-Nya) sebagaimana orang-orang lain yang telah percaya.” Mereka menjawab : Adakah kami akan percaya seperti orang-orang yang bodoh itu?” Ingatlah sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh (kerana tidak mahu percaya) tetapi mereka tidak mengetahui.” (Al-Baqarah : 13)

Firman Allah :

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ
لاَ تَعْتَذِرُواْ قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِن نَّعْفُ عَن طَآئِفَةٍ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَآئِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُواْ مُجْرِمِينَ

artinya : Dan jika kamu sekelian bertanya kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab : “Sesungguhnya kami hanya olok-olokkan dan bersenda-senda sahaja”. Katakanlah kepada mereka : “Apakah dengan Allah dan ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu persendakan dan olok-olok?”.

Jangan kamu sekelian memohon maaf kerana kamu semua telah menjadi kafir sesudah kamu dulunya beriman. Andainya Kami memaafkan segolongan dari kamu (sebab mereka telah bertaubat), niscaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) di sebabkan mereka adalah orang-orang yang berdosa.” (At-Taubah 9 : 65-66).

Keterangan

  • Siapa yang berkata orang yang mengikut syariat Islam itu bodoh maka sebenarnya dialah orang yang bodoh.
  • Orang Islam yang mempersendakan Allah atau Rasulullah atau ajaran dan hukum Islam maka dia telah menjadi kafir murtad dan akan kekal di neraka nanti dalam keadan yang sangat azab.
  • Antara akibat seseorang yang telah murtad ialah terbatallah ikatan perkahwinanya dan tidak bolih mempusakai harta dan tidak sah menjadi wali nikah dan tidak sah menjadi imam sembahyang dan tidak halal dimakan sembelihannya dan jika mati maka tidak disembahyangkan mayatnya dan tidak bolih dtanam di perkuburan orang Islam.

Wallhua’lam. FP UAI Original

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Ustaz Azhar Idrus – Hukum Tolak & Persenda Hudud

error: Content is protected !!