Hukum Seorang Berdoa dan yang Lain Mengucapkan Amin di dalam Majlis

Hukum Seorang Berdoa dan yang Lain Mengucapkan Amin di dalam Majlis

63 views

Hukum Seorang Berdoa dan yang Lain Mengucapkan Amin di dalam MajlisSoal :

Apakah hukumnya apabila pada suatu majlis seorang akan membacakan doa kemudian para hadirin mengucapkan amin. Selalu amalan ini kita bolih lihat pada perhimpunan orang seperti selepas sembahyang, ketika hendak musafir, selepas bermesyuarat dan seumpamanya. Ada orang yang mengatakan amalan seorang sahaja yang berdoa manakala yang lain hanya mengucapkan amin adalah dilarang?

Jawab :

Daripada Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

مَا حَسَدَتْكُمُ الْيَهُوْدُ عَلىَ شَيْءٍ مَا حَسَدُوْكُمْ عَلىَ السَّلاَمِ وَالتَّأْمِيْنِ
أخرجه وأحمد وابن ماجة

artinya : “Tiada dengki akan kamu olih orang yahudi atas suatu amalan sebagaimana dengki mereka akan kamu atas ucapan salam dan amin.” (Hadith Ahmad & Ibnu Majah)

Kesimpulan Hukum Seorang Berdoa dan yang Lain Mengucapkan Amin di dalam Majlis

– Berdoa olih seorang kemudian orang yang lain mengucapkan amin adalah sunnah Nabi saw dan amalan para sahabat. Perkataan yang melarang adalah tidak terpakai.

– Bolih berdoa dan mengaminkan doa dimana sahaja secara berjemaah atau berdoa sendiri-sendiri samada di masjid, pasar, pejabat, padang atau bila masa sahaja samada selepas sembahyang atau selepas mesyuarat atau selepas berjumpa atau seumpamanya selagi tidak ada nas yang melarang berdoa dan mengucap amin pada tempat atau masa yang tertentu.

– Yahudi dengki dan sakit hati pada amalan orang beriman yang mengucapkan salam dan amin.

– Ucapan amin adalah satu ucapan yang bermaksud doa yang diucapkan olih para Nabi yang terdahulu.

Wallahua’lam. FP UAI Original

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Hukum Mengaminkan Doa Yang Tak Difahami