Hukum Solat Sunat Rawatib 2 Rakaat Sebelum Maghrib

Hukum Solat Sunat Rawatib 2 Rakaat Sebelum Maghrib
Sembahyang sunat rawatib dua rakaat sebelum sembahyang fadhu maghrib adalah digalakkan mengerjakannya tetapi bukan dengan galakkan yang kuat. Kerana itu ia termasuk dalam sembahyang sunat ghairu muakkad. Sembahyang ini juga dikenali sebagai sembahyang sunat qabliyah maghrib.

Arti sunat ghairu muakkad ialah sembahyang sunat yang tidak kuat tuntutan mengerjakannyaberbanding sunat muakkad yaitu yang kuat tuntutannya.

Tersebut pada kitab I’anah Thalibin :

وَخَرَجَ بِالْمُؤَكَّدِ مِنْهَا غَيْرُهُ، هُوَ اثْنَا عَشْرَةَ رَكْعَةً: رَكْعَتَانِ قَبْلَ الظُّهْرِ، وَرَكْعَتَانِ بَعْدَهُ، وَأَرْبَعٌ قَبْلَ الْعَصْرِ، وَرَكْعَتَانِ قَبْلَ الْمَغْرِبِ، وَرَكْعَتَانِ قَبْلَ الْعِشَاءِ

Artinya : “Dan keluar dengan yang muakkad daripada sembahyang sunat rawatib itu ialah dua belas rakaat yaitu dua rakaat sebelum zuhur dan dua rakaat selepas zuhur dan empat rakaat sebelum asar dan dua rakaat sebelum maghrib dan dua rakaat selepas isyak.”

Berkata Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami :

هُمَا سُنَّةٌ غَيْرُ مُؤَكَّدَةٍ عَلَى الصَّحِيحِ

Artinya : “Kedua rakaat sunat sebelum maghrib itu ialah tidak muakkad atas pendapat yang sahih.” (Tuhfah Al-Muhtaj)

Dalilnya

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mughaffal r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

صَلُّوا قَبْلَ صَلاَةِ الْمَغْرِبِ – قَالَ فِي الثَّالِثَةِ -: لِمَنْ شَاءَ

Artinya : “Sembahyanglah kamu sekelian sebelum sembahyang fardhu maghrib.
Rasulullah saw menyebut pada kali yang ketiga : Bagi siapa yang mahu.” (Hadith Bukhari)

Dalam hadith ini menunjukkan sembahyang sunat sebelum maghrib adalah disuruh tetapi siapa yang tidak mengerjakannnya tidaklah menjadi kesalahan.

Sekalipun sembahyang sunat sebelum maghrib ini tidak termasuk yang muakkad tetapi siapa sahaja bolih mengerjakannya sekalipun dijadikan amalan yang kekal.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. katanya :

كُنَّا بِالْمَدِينَةِ، فَإِذَا أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ لِصَلاَةِ الْمَغْرِبِ ابْتَدَرُوا السَّوَارِيَ، فَيَرْكَعُونَ رَكْعَتَيْنِ رَكْعَتَيْنِ، حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ الْغَرِيبَ لَيَدْخُلُ الْمَسْجِدَ فَيَحْسِبُ أَنَّ الصَّلاَةَ قَدْ صُلِّيَتْ، مِنْ كَثْرَةِ مَنْ يُصَلِّيهِمَا

Artinya : Dulu ketika kami berada di Madinah apabila muazzin melaungkan azan bagi sembahyang fardhu maghrib maka saling bergegas para sahabat mencari tiang-tiang maka sembahyang mereka akan sembahyang sunat dua rakaat sehingga orang asing yang baru masuk ke dalam masjid menyangka bahawa sembahyang fardhu maghrib telah dikerjakan sebab ramainya orang yang mengerjakannya.” (Hadith Muslim)

Kesimpulan :

Sembahyang sunat dua rakaat sebelum sembahyang fardhu maghrib atau dinamakan juga sunat qabliyah maghrib adalah termasuk sembahyang sunat rawatib.

Sembahyang sunat sebelum maghrib tidak kuat tuntutannya berbanding sembahyang sunat selepas maghrib.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan, ولو آية maksudnya adalah walau hanya satu ayat, hendaknya setiap orang yang mendengarnya bersegera menyampaikan ilmu yang dia terima walaupun sedikit, agar semua ilmu yang datang dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam terus bersambung.”

Wallahua’lam. FP UAI Original

Solat Sunat Lepas/Sebelum Solat Fardhu Tanpa Niat Qabliyah/Ba’diyah – Ustaz Azhar Idrus

error: Content is protected !!